Menteri Kewangan umum letak jawatan serta merta

Menteri Kewangan umum letak jawatan serta merta

Menteri Kewangan umum letak jawatan serta merta. Miftah Ismail yang sebelum ini dilantik sebagai Menteri Kewangan di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif, mengumumkan peletakan jawatannya.

“Saya telah meletak jawatan secara lisan sebagai menteri kewangan. Saya akan mengemukakan surat peletakan jawatan secara rasmi apabila tiba di Pakistan.

“Satu penghormatan untuk berkhidmat sebanyak dua kali sebagai menteri kewangan,” kata Miftah menerusi Twitter pada malam Ahad.

Menteri Kewangan umum letak jawatan serta merta

Ahli perniagaan berusia 57 tahun itu sebelum ini mengetuai Kementerian Kewangan pada 2018.

Miftah membuat pengumuman itu selepas beliau dan Shehbaz mengadakan pertemuan dengan bekas perdana menteri Nawaz Sharif yang juga ketua Liga Muslim Pakistan-Nawaz (PML-N) di Britain.

Nawaz, abang Shehbaz, tinggal di London sejak November 2019 untuk menjalani rawatan perubatan di luar negara.

Kerajaan campuran pimpinan Shehbaz yang baharu berusia lima bulan, sedang berdepan beberapa masalah ekonomi, termasuk kadar inflasi yang meningkat, rizab pertukaran asing semakin berkurangan, dan membina semula infrastruktur yang musnah akibat banjir baru-baru ini.

BACA:

Lapangan terbang ‘antarabangsa’ tapi dilanda banjir

Mark Zuckerberg bukan lagi antara 10 manusia terkaya di dunia, rupanya ini yang jadi

UMNO Selangor sedia kerjasama Pas