Menteri cadang tukar kereta elektrik untuk kegunaan jemaah menteri

Menteri cadang tukar kereta elektrik untuk kegunaan jemaah menteri. Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man memutuskan untuk menggunakan kereta jenis elektrik (EV) bagi kegunaan jemaah menteri bermula tahun hadapan.

Ini berikutan langkah kerajaan untuk menjaga kesejahteraan alam sekitar dan keputusan itu berkemungkinan akan menjadikan kereta EV sebagai kereta rasmi kerajaan mulai tahun 2023.

Memetik laporan Malaysia Gazette, Tuan Ibrahim berkata bahawa maklumat terperinci mengenai hal itu belum dapat dipastikan lagi memandangkan EV dan fasilitinya masih belum banyak sekaligus membuatkan kosnya sedikit tinggi.

Menteri cadang tukar kereta elektrik untuk kegunaan jemaah menteri

Tetapi bila pengguna lebih ramai, kosnya akan jadi murah. Isu kita ialah stesen pengecas, jadi kita perlu sediakan fasiliti dulu.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim yang ditemui dalam sidang media majlis perasmian pejabat Khidmat Malaysia di Batu Caves baru-baru ini turut memaklumkan mengenai hasrat kerajaan untuk menjadikan pulau-pulau peranginan seperti Langkawi dan pusat pentadbiran Putrajaya sebagai kawasan bebas karbon.

Menurutnya lagi, sebanyak 100 unit motosikal elektrik telah diberikan kepada penduduk sekitar Pulau Langkawi bagi menggalakan mereka untuk beralih kepada kenderaan hijau.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

BACA:

Harga mi segera naik tiga kali ganda, orang ramai kecoh

Rakyat Malaysia paling malas jalan kaki, dedah laporan

Lelaki ini kongsi cara langsai hutang rumah 30 tahun hanya dalam 12 tahun