Mengada nak ‘Melawat’ Kucing Belakang Rumah Pukul 4 Pagi

Mengada nak ‘Melawat’ Kucing Belakang Rumah Pukul 4 Pagi

Mengada nak ‘Melawat’ Kucing Belakang Rumah Pukul 4 Pagi .Baru-baru ini viral satu video seram viral di media sosial menunjukkan beberapa orang lelaki terserempak dengan satu lembaga berpakaian putih dan berambut panjang di luar rumah sekitar jam 4 pagi.

Berdasarkan perbualan tersebut, salah seorang daripada mereka pada awalnya menyangka bunyi itu adalah suara seekor burung tetapi sangkaan itu meleset kerana di akhir video tersebut, mereka terlihat satu kelibat putih berdekatan dengan pagar. Seram dengan penampakan tersebut, kesemua mereka terus berlari dan masuk ke dalam rumah.

https://vt.tiktok.com/ZSe2ERyL9/

Menurut individu yang dikenali dengan nama Emeir Aslan, kejadian seram itu berlaku sekitar jam 4 pagi ketika dia dan beberapa individu lain pergi ke belakang rumah untuk ‘melawat’ kucing peliharaan mereka. Tetapi siapa sangka, sedang asyik bermain dengan kucing, tiba-tiba mereka terdengar satu suara seperti wanita sedang tertawa.

Perkongsian tersebut telah mendapat sebanyak 500k tontonan dan menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya mengakui seram selepas menonton video berkenaan. Menjengah di ruangan komen, ada segelintir netizen mendakwa melihat penampakan makhluk halus itu berada di belakang sangkar kucing sebelum menjelma di pagar rumah tersebut.

BACA: Akhirnya Lucinta Luna dedahkan dirinya yang sebenar

COMMENTS