lelaki Menangis ceraikan isteri kembali ke pangkuan bekas teman lelaki

lelaki Menangis ceraikan isteri kembali ke pangkuan bekas teman lelaki

lelaki Menangis ceraikan isteri kembali ke pangkuan bekas teman lelaki. Perkongsian seorang peguam mengenai kisah seorang lelaki yang menangis semasa melafazkan cerai talak satu tular di media sosial hari ini.

Peguam Syarie dan Perunding Keluarga, Muhammad Fadhil Razak dalam satu hantaran di laman Twitternya berkata, anak guamnya itu tidak dapat menahan air mata kerana terpaksa melepaskan isterinya selepas wanita itu kembali ke pangkuan bekas teman lelakinya.

“Menangis anakguam masa lafaz cerai talak satu. Nak buat macam mana, kalau dah isteri berpatah balik pada bekas teman lelaki, aku nak nasihat pun dah tak boleh.

“Suami redha dan faham, tapi alhamdulillah pihak-pihak selesaikan pertikaian dengan baik tanpa pergaduhan,” katanya.

Sementara itu, Muhammad Fadhil turut menasihatkan agar pasangan suami isteri banyakkan berdoa supaya tuhan menetapkan hati daripada sebarang ujian khususnya yang melibatkan hati dan perasaan.

 lelaki

Menangis ceraikan,isteri pangkuan kembali bekas teman lelaki

“Tak ada siapa merancang suatu perceraian bila mula mendirikan rumah tangga, banyakkanlah berdoa agar Tuhan tetapkan hati daripada sebarang ujian khususnya melibatkan hati dan perasaan

“Yang paling penting, selesaikanlah dengan cara yg paling berhikmah terutama sekali bila melibatkan anak-anak,” ujarnya.

Hantaran itu turut dikongsi lebih 2,000 kali dengan terdapat pengguna media sosial yang berkongsi pengalaman turut pernah mendengar kisah sama terjadi kepada ahli keluarga atau kenalan.

“Dulu member aku kena camni jugaklah.. Siap belas isteri dia update terus status single kat FB lepas lafaz talak satu,” kata Pak Tam.

“Sabar ye suami. Allah SWT nak berikan yang lebih baik. Anda telah menjaga jodoh orang lain. Redha dengan ketentuanNya, In Shaa Allah,” kata Fronterraz.

“Semoga kedua-duanya jumpa jalan yang terbaik untuk masa depan. Kita nak mengata orang belum tentu perkara ni takkan terjadi pada kita. Doa yang baik-baik , mana yang salah jadikan pengajaran buat diri sendiri,” kata Mariyah.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/09/09/menangis-ceraikan-isteri-kembali-ke-pangkuan-bekas-teman-lelaki/

BACA: Mengapa orang Cina lebih kaya dari orang Melayu,sebabnya….

COMMENTS