Maybank umum naikkan BR, BLR bermula jumaat ini

Maybank umum naikkan BR, BLR bermula jumaat ini. Maybank akan melaras naik Kadar Asas (BR) dan Kadar Pinjaman Asas (BLR) sebanyak 25 mata asas berkuat kuasa 8 Julai 2022, berikutan pengumuman kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) hari ini.

Kadar Asas (BR) Maybank akan lebih tinggi daripada 2.00 peratus setahun (p.a) kepada 2.25 peratus p.a. manakala kadar Pinjaman Asas (BLR) akan dilaras daripada 5.65 peratus p.a kepada 5.90 peratus p.a.

Kadar Asas Islam dan Kadar Pembiayaan Asas juga akan dinaikkan sebanyak 25 mata asas daripada 2.00 peratus p.a. kepada 2.25 peratus p.a. dan daripada 5.65 peratus p.a kepada 5.9 peratus p.a. masing-masing.

Maybank umum naikkan BR, BLR bermula jumaat ini

Sehubungan dengan penyelarasan itu, kadar deposit tetap Maybank dan Maybank Islamic juga akan diselaras naik berkuat kuasa 8 Julai 2022.

Semakan terakhir dalam Kadar Asas Maybank adalah pada 13 Mei 2022 apabila ia dinaikkan daripada 1.75 peratus p.a. kepada 2.00 peratus p.a. berikutan kenaikan OPR dengan kuantum yang sama.

BACA:

Gelak macam Jep Sepahtu, Ayie makin popular

Yasin terlepas hukuman gantung

Fasha Sandha dedah sikap sebenar bekas suaminya, penuh kontroversi tapi..