Mayat pengantin baharu ditemukan dalam beg pakaian

Mayat pengantin baharu ditemukan dalam beg pakaian

Mayat pengantin baharu ditemukan dalam beg pakaian.Polis menemukan mayat seorang pengantin wanita di dalam sebuah beg pakaian berhampiran Halifax di West Yorkshire.

Lapor Daily Star, mayat wanita itu ditemukan hanya empat hari selepas perkahwinannya.

Mayat mangsa, Dawn Walker dijumpai di kawasan Aysgarth Avenue di Lightcliffe berhampiran Brighouse, Ahad lalu.

Beberapa rakan Walker memaklumkan mangsa baru berkahwin pada Rabu lalu.

Polis menahan seorang lelaki berusia 45 tahun yang disyaki terlibat dalam pembunuhan Walker.

Dilaporkan, suspek kini berada dalam tahanan polis.

Seorang rakan mangsa memberitahu YorkshireLive bahawa Walker merupakan seorang wanita yang peramah, penyayang dan baik hati.

“Dia berkahwin pada Rabu lalu dan meninggal dunia hanya beberapa hari selepas itu.

“Mayat Walker dijumpai dalam beg pakaian yang diletakkan di belakang semak samun. Dia tinggal di Shirley Grove,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Polis West Yorkshire memaklumkan pihaknya masih sedang menyiasat kes itu.

Jelasnya, polis masih menyiasat punca serta motif pembunuhan itu

Baca:Netizen kecam Iqbal gara – gara pijak duit

 

COMMENTS