Mayat anak ditinggalkan pasangan suami isteri selepas kemalangan

Mayat anak ditinggalkan pasangan suami isteri selepas kemalangan.Pasangan suami isteri nekad melarikan diri serta meninggalkan mayat anaknya selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Sungai Kelamah-Jelai-Gemas, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 11.30 malam itu, pasangan berusia lingkungan 20an dan 30an itu melarikan melarikan diri dengan menaiki sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux.

Difahamkan kenderaan tersebut milik seorang pengguna jalan raya yang telah berhenti untuk memberikan bantuan awal kepada mangsa yang terlibat kemalangan.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahab berkata, kemalangan tersebut berlaku ketika pasangan terbabit bersama seorang anak berusia dua tahun dalam perjalanan dari Felda Jelai ke Felda Bukit Jalor.

Sebaik tiba di lokasi kejadian katanya, suspek lelaki yang memandu kenderaan jenis Proton Iswara Aeroback itu cuba memotong sebuah lori sebelum gagal mengawal kenderaan lalu terbabas ke kanan jalan.

Mayat anak ditinggalkan pasangan suami isteri selepas kemalangan

“Kenderaan tersebut telah berpusing beberapa kali sebelum bergesel dengan sebuah lori. Akibat kemalangan tersebut, kedua-dua penumpang kereta telah tercampak keluar.

““Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun telah tercampak di tengah-tengah jalan raya telah digilis oleh sebuah kenderaan yang tidak dapat dikenal pasti,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut Anuwal berkata, pasangan terbabit berjaya ditahan di rumah mereka di Felda Bukit Jalor dan pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan yang dipandu lelaki berkenaan telah menemui dadah.

Jelas beliau, pihaknya telah membuka tiga kertas siasatan iaitu di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1985.

BACA:

Johnny Depp bakal muncul kembali dalam Pirates Of Caribbean

Beto Khusyairi harap tiada lagi yang bertanya soalan ini

Tak sampai RM15, lelaki ini kongsi tips hilangkan kesan calar pada kereta