‘Mat Sabah bukan Mat Kilau nak landing macam tu’, terjun dari pentas tapi tak disambut

‘Mat Sabah bukan Mat Kilau nak landing macam tu’, terjun dari pentas tapi tak disambut. Baru-baru ini telah berlangsungnya Konsert Hausboom Music 2022 yang mendapat sambutan begitu menggalakkan dari penonton yang hadir.

Selain daripada 1su vokalis kumpulan yang dikatakan meludah semasa membuat persembahan, video seorang pelawak ini juga turut menjadi bualan ramai di media sosial.

Menerusi video yang dikongsikan ini, kelihatan pelawak yang dikenali sebagai Mat Sabah berada di atas pentas bersama pengacara majlis. Mungkin kerana terlalu teruja dengan suasana di situ, dia kemudiannya berlari dari tengah pentas dan terjun ke arah penonton untuk membuat crowd surf seperti yang selalu dilakukan para penyanyi.

Namun malang nasibnya apabila terjun4n itu tidak mendapat sambutan dari penonton malah tiada sesiapa yang menyambutnya menyebabkan dia akhirnya terjatuh ke lantai. Bukan sahaja tidak mendapat sambutan, ada juga yang memberitahu pelawak itu hanya di ‘boo’ sahaja oleh penonton.

Walaupun tidak menerima sambutan yang diharapkan, pemilik video memberitahu Mat Sabah masih lagi kekal tersenyum selepas kejadian yang berlaku itu. Dalam masa yang sama, ada yang menganggap mungkin juga reaksi spontan pelawak itu membuatkan ramai yang tidak bersedia untuk menyambutnya seperti biasa.

‘Mat Sabah bukan Mat Kilau nak landing macam tu’, terjun dari pentas tapi tak disambut

Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen turut bersimpati dengan nasib pelawak itu namun ada juga yang terhibur melihatnya. Malah ada yang merasakan sepatutnya pelawak itu tidak melakukan aksi spontan seperti itu yang mana akhirnya membuatkan dia sendiri mendapat s4kit dan malu.

“Mat sabah bukan mat kilau mau landing begitu.”

“Kena jadi lee minho dulu bang baru orang sanggup patah tangan sambut.”

“Bukan tak sambut. Maybe dia berat kot. Mana mau nyee.”

“Sakit dapat, malu pun dapat.”

@hanifazhari_ harap tak injured . steady brathaa kena buu pun still senyum . #hausboom #hausboommusic #matsabah #crowdsurf ♬ original sound – anakbintang

BACA:

Ini kawasan di Perak yang terjejas dengan banjir

Pejabat Kementerian di Putrajaya diarah kemas barang, parlimen bakal bubar tak lama lagi..

Sanusi ‘tak puas hati’ dengan JDT