Mat Kilau 2 bertaraf antarabangsa, dedah penerbit

Mat Kilau 2 bertaraf antarabangsa, dedah penerbit. Penerbit dedah Mat Kilau 2 bertaraf antarabangsa. INDUSTRI perfileman tanah air telah mencatatkan satu sejarah baharu apabila filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan yang diterbitkan oleh Studio Kembara mencatatkan kutipan RM90 juta.

Filem epik bertemakan kepahlawanan itu ternyata mendapat sambutan dan maklum balas positif daripada penonton.

Kejayaan tersebut boleh menjadi satu titik permulaan untuk pembikin-pembikin filem di negara ini menghasilkan karya yang dapat memenuhi cita rasa penonton.

Bagi membincangkan tentang penerbitan filem tersebut, wartawan

FARID AHMAD TARMIJI berkesempatan menemu bual ‘orang kuat’ di sebalik penerbitan filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan iaitu Pengarah Urusan Studio Kembara, Abdul Rahman Mt Dali baru-baru ini.

Mat Kilau 2 bertaraf antarabangsa, dedah penerbit

Penerbit dedah Mat Kilau 2 bertaraf antarabangsa

Studio Kembara mungkin satu nama asing dalam industri perfileman negara, namun ia menjadi terkenal selepas filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan mendapat sambutan hangat di pawagam hingga mencapai kutipan RM90 juta. Boleh ceritakan bagaimana tertubuhnya syarikat ini dan idea menerbitkan filem ini?

ABDUL RAHMAN: Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 2014 dan kita aktif membuat filem sekitar 2016, tetapi beberapa percubaan tidak menjadi kerana cerita yang hendak disampaikan belum cukup tahap seperti mana yang dimahukan.

Sebolehnya kita mahu menghasilkan filem yang bagus dan boleh menjadi baseline.

Ia akhirnya menjadi kenyataan dengan terhasilnya filem pertama, Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan ini.

Salah satu misi saya menubuhkan syarikat ini bagi menyediakan hiburan bermanfaat kepada penonton.

Kita mahu sajikan apa sahaja filem yang mampu memberi manfaat dan juga kesan positif kepada penonton.

Selain itu, saya mahu menambah pengetahuan, menyuntik semangat dan memberi keyakinan baharu memandangkan kita sedang menghadapi masalah imperial kompleks dalam kalangan orang Melayu iaitu rasa kerdil, lemah dan sebagainya.

Filem ini dihasilkan dengan penuh kesedaran dan insaf diri dengan objektif menyediakan segmen hiburan, tetapi memberi manfaat.

Ini yang memberi keterujaan, keghairahan dan keazaman saya untuk menghasilkan filem ini.

Memiliki perniagaan berasaskan penjagaan kesihatan dan studio perfileman adalah dua perkara berbeza. Apa yang membuatkan tuan begitu berani menceburi bidang perfileman biarpun tiada sebarang pengalaman?

Apa yang benar-benar mendorong saya untuk melibatkan diri dalam bidang baharu ini adalah keinginan kuat untuk memperkenalkan konsep hiburan bermanfaat.

Ia bukan sahaja menghasilkan karya yang menghiburkan, tetapi pada masa sama, memberi ilmu, mengangkat semangat dan menyuntik keyakinan baharu kepada masyarakat serta cintakan tanah air.

Apakan perbezaan cabaran dunia filem dan bidang lain yang tuan ceburi setakat ini dan bidang apakah yang paling memberikan kepuasan?

Bagi saya, bidang kesihatan lebih kompleks, sukar dan stereotaip, manakala bidang perfileman lebih perlu rangsangan minda, kreatif dn menarik. Sementara hasil perfileman lebih menarik sekiranya dibuat dengan betul.

Kepuasan saya adalah kejayaan menghasilkan suatu konsep hiburan bermanfaat yang diterima baik, dapat menghiburkan sambil menyampaikan mesej penting yang membina agama, bangsa dan tanah air.

Selain kesihatan serta perfileman, saya turut terbabit dalam bidang penyajian makanan dan teknologi maklumat.

Ada berkata, kehebatan filem ini disebabkan aura dan kreativiti Syamsul Yusof sebagai sutradara, selain pemilihan pelakon yang memang terserlah kehebatan mereka memainkan watak. Apa pandangan saudara?

Saya bersetuju dan sebahagian sambutan yang kita dapat ini kerana kemampuan Syamsul sendiri dan gabungan pelakon-pelakon yang membintangi filem ini.

Walaupun tidak pernah mengarah filem epik, dia menyatakan ini adalah satu cabaran baginya dan ingin mencuba. Jadi, saya fikir keputusan kita memilihnya untuk mengarah filem ini adalah tepat.

Walaupun tidak pernah mengarah filem epik, tetapi pengarahannya dari sudut fighting ada kelebihan.

Saya percaya, kehebatan pencak silat itu sendiri wajar diketengahkan dan dibawa dalam bentuk penggambaran yang bagus dan dia mempunyai kemampuan tersebut.

Dari segi pemilihan pelakon pula, saya hanya minta pelakon Indonesia iaitu Yayan Ruhian untuk turut serta kerana saya tahu kemampuan silat dan koreografinya dan mempunyai pengalaman luas di Hollywood.

Pemilihan Yayan juga bagi membolehkan kita menembusi pasaran Indonesia. Filem ini ditayangkan di Indonesia bulan ini.

UJAR Abdul Rahman, pada mulanya dia hanya menyasarkan kutipan sekitar RM60 juta bagi filem tersebut.

Ketika mula-mula ditayangkan, adakah saudara menjangkakan sambutan daripada orang ramai akan sehebat ini atau sebaliknya?

Sememangnya kita menjangkakan mendapat sambutan baik daripada masyarakat kerana fikir, filem ini mempunyai skrip, pengarah dan pelakon yang bagus.

Ramuan yang menjayakan filem ini juga adalah, apa yang saya sebutkan tadi serta digabungkan dengan sumber kewangan kukuh dan promosi yang bagus.

Sasaran terbaik kita pada awalnya sekitar RM60 juta dan akhirnya jumlah dapat lebih. Ia sesuatu di luar jangkaan.

Kutipan yang melebihi sasaran ini menyebabkan terbongkarnya satu dapatan baru iaitu prospek sangat besar jika sesuatu filem itu dihasilkan dengan bagus.

Selama ini kita berasakan segmen pasaran kecil sahaja sekitar lima hingga 10 peratus yang keluar menonton. Tetapi kutipan ini menunjukkan, banyak lagi yang sanggup keluar menonton jika filem yang disajikan itu bagus dan menaikkan semangat.

Tuan dikatakan bakal menghasilkan sekuel filem Mat Kilau. Bilakah ia dapat direalisasikan dan adakah Syamsul Yusof masih menjadi pilihan menjadi pengarahnya?

Sebelum tayangan filem pertama ini, kita sedar kena hasilkan filem lagi kerana tidak boleh nak masukkan semua mesej dalam satu filem.

Kita memang merancang untuk menghasilkan filem Mat Kilau 2.

Selain itu, sebelum itu kita juga ada satu filem yang turut berkait dengan Mat Kilau yang akan menjadikan Mat Kilau 2 sebagai sesuatu yang besar dan menepati standard antarabangsa.

Perancangan kita dalam tempoh setahun, kita akan mengeluarkan satu filem dan kemudian dalam satu tahun setengah selepas itu, kita keluarkan lagi satu filem.

Dari segi pemilihan pengarah, kita masih belum berbincang secara lanjut siapa yang akan duduk di kerusi itu, namun kedua-dua skrip filem tersebut telah siap.

Platform penstriman Netflix dikatakan berminat membeli karya Mat Kilau pada harga RM7 juta. Setakat ini sejauh mana perkembangan perkara itu?

Sebenarnya harga yang ditawarkan bukan RM7 juta, saya tidak tahu dari mana mereka dapat maklumat itu.

Tawaran ini sebenarnya memang berlaku, tetapi pada masa sama, kita mendapat permintaan untuk saya tengok semula pihak yang mahu menjadikan filem ini sebagai khazanah negara.

Jadi, ia boleh digunakan di sekolah dan universiti yang boleh dijadikan bahan pengajian untuk dikaji, dibahas dan diulas untuk kecintaan terhadap negara, meningkatkan semangat patriotisme dan perpadua.

Jika ditayangkan di Netflix jumlah penonton akan terhad, sebaliknya jika ada pihak mahukan ia ditonton oleh seramai mungkin, kita sedia berbincang selepas fasa tayangan berakhir.

Sebelum ini banyak pihak menyatakan filem berbentuk kenegaraan dan epik tidak diterima peminat. Nampaknya dengan kutipan besar dicapai Mat Kilau, dakwaan itu meleset. Apa pandangan saudara?

Saya fikir puncanya kerana sebelum ini, filem itu tidak memenuhi cita rasa penonton dan tidak cukup ramuan bagi menghasilkan filem bagus. Sebelum menghasilkan filem ini, saya sendiri menerima kata-kata negatif.

Malah ada pihak yang telah lama dalam industri menyatakan, mereka tidak berani untuk menghasilkan filem epik sebegini kerana, sekali buat mahal dan jika tidak mendapat sambutan, boleh sebabkan syarikat rebah atau gulung tikar.

Keterujaan saya untuk memberi hiburan yang bermanfaat, menyebabkan saya berani mengambil risiko ini.

Mat Kilau mendapat kutipan RM90 juta. Dalam jumlah itu, berapa jumlah sebenar penerbit dapat jika ditolak caj-caj tertentu?

Saya rasa penonton sendiri dapat menghitung jumlah yang kita dapat setelah mengira peratusan cukai dan juga peratusan diambil panggung wayang. Mereka mengetahui, jumlah modal saya untuk hasilkan filem ini lebih RM8 juta.

Jadi, mereka boleh menghitung jumlah sebenar yang kita dapat setelah ditolak modal, cukai dan lain-lain.

BACA:

Ingatkan pelakon Gerak Khas rupanya polis betul, pangkat tinggi plak tu

Akhirnya terbongkar punca penceraian Nora Danish, ramai terkejut

Remaja sanggup tidur sebelah kubur ayah selama 2 bulan, ini puncanya