Mas kahwin RM1.6 Juta diterima pengantin lelaki, termasuk rumah, kereta dan emas lagi!

Mas kahwin RM1.6 Juta diterima pengantin lelaki, termasuk rumah, kereta dan emas lagi! Siapa sangka ‘rezeki’ pengantin lelaki di Thailand selepas menerima hadiah berupa mas kahwin berjumlah 12.8 juta baht (anggaran RM1.6 juta) daripada pengantin perempuan dan majlis tersebut berlangsung pada Ahad yang lalu di bandar Khon Kaen.

Rezeki pengantin lelaki

Mas kahwin RM1.6 Juta diterima pengantin lelaki, termasuk rumah, kereta dan emas lagi!

Pemberian mas kahwin daripada pihak pengantin perempuan berbeza daripada tradisi kebiasaan dan si suami yang dikenali Micky, 33, bertuah menerima mas kahwin daripada isterinya Bailew, 33.

Bercerita lebih lanjut, antara mas kahwin yang diterima adalah wang tunai sebanyak 2 juta baht (anggaran RM250,704), barangan kemas bernilai 500,000 baht (anggaran RM62,676), surat hak milik tanah 0.8 hektar bernilai lebih 500,000 baht (anggaran RM62,676), sebuah rumah berharga 7 juta baht (anggaran RM877,465) serta kereta BMW 3 Series berharga 2.8 juta baht (anggaran RM350,986).

Lazimnya keluarga pengantin perempuan yang akan meminta mas kahwin (sin sod) sebanyak 100,000 baht (anggaran RM12,535) hingga satu juta baht kepada (anggaran RM125,352) pihak pengantin lelaki.

Menerusi satu laporan yang lain, Bailew mempunyai banyak perniagaan termasuk sebuah restoran yang maju dan keluarganya sama sekali tidak membantah selepas dia menjelaskan mahu membayar mas kahwin itu.

Ujar wanita ini lagi, dia menganggap dirinya seorang wanita yang bertuah berikutan Micky yang menjaganya dengan baik sepanjang perhubungan mereka.

Tonton Juga:

Baca Juga: 

Pengeluaran KWSP RM10K: Panduan buat temu janji online

Netizen tuduh madammu mandul dalam live, sekali ini jawapan tuan badan..

Ini teknik order Starbuck pada harga patut tapi confirm sedap punya