Markah exam “hanya” dapat 99.97 peratus, gadis nekad ambil semula peperiksaan

Markah exam “hanya” dapat 99.97 peratus, gadis nekad ambil semula peperiksaan

Bila sebut soal peperiksaan, rasanya ramai rakyat Malaysia sudah boleh membayangkan deretan peperiksaan yang perlu dilalui sepanjang menempuhi alam persekolahan, sehinggalah menjejakkan kaki di menara gading kan?

Anatara momen yang paling indah setiap kali peperiksaan, sudah tentulah perasaan berdebar-debar menanti keputusan keluar nanti. Dapat A atau B, C, D atau E? Bertambah risau dan kecewa kalau keputusannya adalah G atau Gagal.

Begitu juga dengan kisah seorang gadis dari India ini. Beliau baru-baru ini berjaya muncul sebagai pelajar cemerlang dan menjadi wanita pertama yang mendapat skor 300/300 dalam ujian kemasukan atau Joint Entrance Examination (JEE) Sesi Mac. Ujian ni kalau anda semua nak tahu, sangat penting untuk mana-mana pelajar yang merancang untuk melanjutkan pengajian dalam bidang kejuteraan.

Tapi yang lebih mengejutkan, gadis yang dikenali Kavya Chopra pernah menduduki ujian yang sama sebelum ini pada Februari dan mendapat keputusan 99.97 peratus.

Bagi anda dan penulis, keputusan ini memang sudah layak untuk digelar sebagai pelajar cemerlang kan? Namun, berbeza pula pandangan Kavya Chopra.

Bayangkanlah, keputusan berkenaan sudah lebih dari cukup untuk melayakkan beliau menyambung pengajian dalam bidang yang diidamkannya, tetapi apa yang terjadi adalah sebaliknya.

Beliau merasakan keputusan berkenaan tidak cukup baik dan nekad untuk menduduki semula peperiksaan berkenaan disebabkan beliau sebelum ini meletakkan sasaran untuk mendapat markah atas daripada 99.98 peratus.

Tetapi tidak hairan kenapa gadis ini begitu mahukan markah yang sempurna memandangkan kehidupannya sejak kecil sudah ‘dipenuhi’ dengan rekod-rekod cemerlang.

Bagi memastikan kesempurnaan berkenaan berpanjangan, beliau mendedikasikan masa sekitar 7 hingga 8 jam sehari untuk peperiksaan semula itu.

Semoga kisah gadis ini menjadi inspirasi buat semua.

Berita penuh : https://siakapkeli.my/2021/04/01/tak-puas-hati-dapat-markah-exam-99-97-peratus-gadis-nekad-duduki-semula-peperiksaan/

COMMENTS