Maria Tunku Sabri kecam Air Asia, ini “Delay Asia!”

Maria Tunku Sabri kecam Air Asia, ini “Delay Asia!”. Memang tak asing lagi semua dengan syarikat penerbangan ini. AirAsia merupakan syarikat penerbangan tambang murah pertama di Asia dan beroperasi dengan penerbangan antarabangsa dan tempatan ke lebih 400 destinasi merentasi 25 negara.

Berkongsi Di Media Sosial

Terbaru, Maria Tunku Sabri atau Maria JJCM yang merupakan bekas pengacara rancangan Jalan-Jalan Cari Makan ada memuat naik satu ‘posting’ di Instagramnya mengenai pengalamannya dengan syarikat penerbangan tersebut. Dalam ‘posting’ tersebut, Maria menyatakan bahawa jadual penerbangannya ditunda dan lewat selama tiga jam.

Maria Tunku Sabri kecam Air Asia, ini "Delay Asia!"

Ada Nama Baru

Bukan itu sahaja, Maria juga turut menasihati warganet untuk tidak mengambil penerbangan bersama syarikat ini sekiranya terdapat kecemasan. Tak pernah tak lambat. Kalau ada kecemasan janganlah terbang dengan AirAsia. AsiaAsia ada nama baru DelayAsia Dia yang turut meluahkan rasa kecewa turut memaklumkan bahawa sepatutnya syarikat ini ditukarkan nama daripada AirAsia kepada DelayAsia.

Warganet Turut Bersetuju

Melihat diruangan komen, kebanyakkan warganet turut bersetuju dengan apa yang dinyatakan oleh Maria. Malah ada juga yang menyuarakan pendapat mereka mengenai ketepatan waktu syarikat penerbangan ini. Dalam pada itu, ada juga warganet yang turut memaklumkan kepada Maria melalui ruang komen bahawa mungkin perkara tersebut terjadi disebabkan beberapa faktor termasuklah faktor cuaca.

BACA:

Fasha Sanda dikecam sambut Holloween dengan anak pakai baju ‘syaitan’

Tak puas hati ayam KFC, ini cara kalau nak tukar, pastikan ‘juicy’

Ibu bawa bayi sambil Zipline undang kemarahan orang ramai