Mangsa banjir di Teluk Intan di laporkan meningkat

Mangsa banjir di Teluk Intan di laporkan meningkat

Mangsa banjir di Teluk Intan di laporkan meningkat.Jumlah mangsa banjir di Teluk Intan terus meningkat kepada 203 orang daripada 54 keluarga sehingga pukul 8 pagi ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Hilir Perak berkata, kesemua mangsa dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Rahman Talib melibatkan 140 penduduk dan Dewan Bandaran Teluk Intan dengan 63 penduduk.

“Mangsa banjir yang berada di PPS SMK Abdul Rahman Talib merupakan penduduk dari Batu 7, Jalan Changkat Jong; Batu 7 1/2, Lorong Mesra; Kampung Batu 8, Lorong Kedah; Kampung Baru Batu 8; Kampung Batu 9 dan Kampung Batu 10.

“PPS Dewan Bandaran Teluk Intan yang baharu dibuka pukul 9 malam tadi pula menempatkan penduduk dari Batu 7 1/2, Lorong Mesra; Batu 9 Changkat Jong; Batu 10 Jalan Bidor dan Batu 15, Kampung Ayer Itam,” katanya di sini hari ini.

Baca :Jeram Toi turut ‘musnah’ akibat tanah runtuh

COMMENTS