Malaysia jadi ‘lori sampah’ negara maju

Malaysia jadi ‘lori sampah’ negara maju

Naib Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin menggesa kerajaan segera menangani isu negara asing yang mengeksport sampah plastik ke Malaysia.

Dalam catatan di Facebook, Khaled memuji langkah kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) menghantar balik sisa sampah haram, tetapi berkata ia tidak mencukupi.

Mengakui bahawa ia bukan isu baharu, beliau berkata, peranan Malaysia sebagai negara membangun adalah untuk muncul sebagai “negara sifar sisa sampah”, bukannya menjadi “lori sampah negara maju”.

Katanya, Putrajaya perlu bertindak segera untuk menghentikan trend membimbangkan untuk menjadi tempat pembuangan sampah dunia terbesar, sebelum “negara lain menggagalkan kita”.

Khaled menyarankan kerajaan membuat rancangan untuk melarang sepenuhnya import sampah plastik dalam lima tahun ke depan, sama seperti dasar yang ditetapkan oleh China.

“Menyediakan strategi larangan penuh akan memulihkan semula pemikiran dan budaya kita dalam menangani sisa buangan. Dengan itu, kerajaan akan menetapkan piawaian tinggi untuk diikuti semua,” katanya.

Beliau juga menggesa penambahbaikan dibuat dalam isu pengurusan sampah dan fasiliti kitar semula, dengan berkata, kurang daripada 10% sampah plastik Malaysia dikitar semula kurangnya kurangnya pelaburan negara dalam pengurusan sampah, dan “kaedah kitar semulanya yang ketinggalan zaman”.

“Kita perlu melayan negara kita dengan lebih hormat. Berhenti terima sampah sebelum tanah dipenuhi dengan lebih banyak sampah daripada produktiviti. Kerajaan tidak boleh berdiam diri dan mesti bertindak segera.”

Semalam FMT memetik laporan Greenpeace yang mendedahkan bahawa United Kingdom mengeksport 63% sampah plastik tahun lalu, dengan 537,000 tan sampah plastik dikutip pada 2020 di negara itu, hampir menyamai jumlah (539,000 tan) pada 2019.

Jumlah sampah yang dieksport ke Malaysia meningkat daripada 40,007 tan kepada 65,316 tan.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/02/19/malaysia-bukan-lori-sampah-dunia-khaled-beritahu-kerajaan/

COMMENTS