Makan tahi kuda sebab kalah pertaruhan, sekali rasa macam gandum

Makan tahi kuda sebab kalah pertaruhan, sekali rasa macam gandum. AKTIVITI pertaruhan untuk perlawanan sukan bukanlah satu perkara baharu.

Biasanya aktiviti ini dilakukan dengan mempertaruhkan sejumlah wang bermula nilai kecil sehingga nilai yang besar dan lumayan.

Namun, lain pula ceritanya pada tahun 2017 apabila seorang peminat pasukan bola sepak Exeter City yang terpaksa makan selonggok najis kuda akibat kalah pertaruhan.

Charlie Bamber kalah dalam pertaruhan ketika perlawanan Exeter City menentang Plymouth Argyle, menyebabkan dia terpaksa makan najis kuda dan menerima wang berjumlah £40 (RM218).

Bamber langsung tidak malu, sebaliknya teruja untuk bercerita mengenai rasa najis itu secara terperinci.

Makan tahi kuda sebab kalah pertaruhan, sekali rasa macam gandum

“Ia mempunyai tekstur seperti gandum hancur,” kata Bamber dalam temu bual dengan Metro.

Bamber mengakui bahawa obsesinya untuk “melakukan perkara yang sedikit pelik” tidak didorong oleh wang.

“Sejujurnya saya mungkin melakukannya tanpa ditawarkan wang,” ujarnya lagi.

BACA:

Ifa raziah, Kak KM kena kecam lagi, kali ini bergelek sakan di majlis aqiqah

OPR bakal naik lagi September ini…

Exco Kedah tampil beri penjelasan isu tayang lurah di Kedah Fashion Week