Makan di kedai, 6 dikompaun berjumlah RM20,000

Makan di kedai, 6 dikompaun berjumlah RM20,000

Enam individu termasuk pemilik sebuah premis makanan di kompleks perniagaan ternama di ibu negara dikompaun keseluruhan RM20,000 kerana melanggar SOP perintah kawalan pergerakan (PKP).

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Kuala Lumpur, Azman Ayob, berkata dalam pemeriksaan 12.45 tengah hari kompaun RM10,000 dikeluarkan ke atas pemilik premis.

Katanya, lima lagi pelanggan pula dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 setiap seorang.

“Hasil pemeriksaan mendapati lima pelanggan sedang menjamu selera di premis tersebut dengan melanggar arahan SOP PKP iaitu tidak dibenarkan ‘dine-in’ di premis makanan.

“Pemeriksaan seperti ini akan terus dilakukan dari semasa ke semasa serta tindakan tegas akan diambil ke atas orang ramai yang gagal mematuhi SOP PKP demi memastikan usaha memutuskan rantaian wabak Covid 19 ini berjaya,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kompaun dikeluarkan atas kesalahan bawah Peraturan 16 P.U (A) 243/2021 (PKP).

Berita Penuh :https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/06/02/6-dikompaun-rm20000-kerana-dine-in/

COMMENTS