Mak cik nekad tebang pokok marah jalan tidak dibaiki

Mak cik nekad tebang pokok marah jalan tidak dibaiki

Mak cik nekad tebang pokok marah jalan tidak dibaiki.Tular sebuah klip video memperlihatkan beberapa wanita berpangkat ‘mak cik’ bertindak menebang beberapa batang pokok sehingga menutupi sebatang jalan di Indonesia, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Video tersebut dimuat naik di laman perkongsian gambar Instagram pada akaun bernama @peristiwa_sekitar_kita.

Kumpulan wanita itu bergilir-gilir menebang pokok dan menumbangkannya di jalan berhampiran menggunakan kapak dan gergaji.

Rupa-rupanya, mereka melakukan sedemikian sebagai satu protes disebabkan keadaan jalan yang sudah lama rosak teruk tetapi tidak dibaiki pihak berkuasa tempatan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Media video (@peristiwa_sekitar_kita)

Kejadian itu berlaku di wilayah Sulawesi Tenggara.

Video itu mendapat perhatian netizen yang membanjiri ruangan komen.

“Mak kalau marah memang seram,” kata seorang netizen.

‘’Ibu adalah yang terbaik,’’ kata seorang netizen yang lain.

BACA: ” saya mohon maaf jika ada yang terluka” Haqiem Rusli

COMMENTS