Majlis bertukar Kecoh Bapa Pengantin Perempuan Sepak Bakal Menantu Ketika Akad Nikah

Majlis bertukar Kecoh Bapa Pengantin Perempuan Sepak Bakal Menantu Ketika Akad Nikah

Majlis bertukar Kecoh Bapa Pengantin Perempuan Sepak Bakal Menantu Ketika Akad Nikah.

Sebuah majlis pernikahan kecoh apabila bapa pengantin perempuan bertindak menendang bakal menantunya semasa sesi akad nikah berlangsung, lapor Tribunnews.

Video ini sempat beredar di beberapa platform media sosial baru-baru ini.

Dalam video tersebut, awalnya keadaan dilihat baik-baik sahaja. Kedua menantu dan mentua duduk menghadap satu sama lain untuk sesi akad nikah. Situasi mula kecoh apabila seorang wanita terdengar seseorang mengucapkan sesuatu dipercayai nama haiwan berkemungkinan dalam dialek Bima.

Memetik laporan Tribunnews, kata-kata wanita tersebut bermaksud,

“Apa lagi masalahnya ni.

“Hargai kami sebagai keluarganya.

“Tidak enak didengar masalah begini.”

Mendengar ucapan wanita berkenaan, bapa pengantin perempuan lantas bangun dari duduknya dan cuba menyerang pengantin lelaki. Tendangan lelaki paruh baya itu sempat mengenai wajah bakal menantunya sebelum dileraikan orang ramai.

Menurut Tribunnews, insiden tersebut terjadi di Kota Bima, Indonesia 14 Ogos lalu, namun video berkenaan baru sekarang tersebar. Video tersebut dikatakan telah diunggah oleh sebuah akaun di laman sosial Facebook.

Tambah portal berkenaan, khabarnya hingga saat ini pasangan pengantin itu tidak tinggal serumah. Malah sesi akad nikah mereka hanya dilanjutkan melalui telefon.

Pihak keluarga pengantin lelaki telah pun membuat laporan polis atas kejadian yang berlaku. Tidak dapat dipastikan jika pengantin lelaki tersebut mengalami kecederaan akibat tindakan agresif bapa mentuanya.

Memetik laporan Tribunnews, punca bapa pengantin perempuan bertindak sedemikian terpicu dari kelewatan pengantin lelaki menghadiri majlis. Majlis akad nikah pasangan tersebut dijadual berlansung pada jam 10 pagi hari itu. Namun pengantin lelaki dikatakan tiba di lokasi majlis pada jam 4 petang waktu tempatan.

Sumber : https://siakapkeli.my/2021/09/27/majlis-jadi-kecoh-bapa-pengantin-perempuan-sepak-bakal-menantu-ketika-akad-nikah/

Baca : Kecoh keranda terbang rupa -rupanya ….

Baca :Kesian abam Polis, mati dalam penjara akibat difitnah merogol !!!

COMMENTS