Majlis Berbuka Puasa : Larangan patut kepada semua, bukan masjid saja – Ustaz Azhar Idrus

Majlis Berbuka Puasa : Larangan patut kepada semua, bukan masjid saja – Ustaz Azhar Idrus

Disebabkan penularan wabak COVID 19 di negara kita yang mana kes jangkitannya ketika ini dalam keadaan tidak menentu, kerajaan Terengganu baru-baru ini melaporkan yang jamuan berbuka puasa tidak dibenarkan di semua masjid dan surau sepanjang bulan Ramadan.

Menurut TRDI, perkara tersebut telah dimaklumkan Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Mat Azmi Arshad di mana larangan majlis jamuan berbuka puasa, moreh dan sahur di semua masjid serta surau dilakukan bagi membantu kerajaan membendung penularan wabak tersebut.

Sumber: TRDI
“Garis panduan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) aktiviti sepanjang bulan Ramadan termasuk majlis berbuka puasa sudah diedarkan kepada jawatankuasa masjid dan surau di seluruh negeri.

“Jawatankuasa masjid dan surau diminta menyediakan kurma serta air mineral bagi membolehkan jemaah yang datang awal untuk menunaikan solat magrib berjemaah berbuka puasa,” katanya.

“Buat larangan untuk semua majlis berbuka puasa yang ada orang ramai… bukan di masjid saja”

Perkara di atas juga telah dikongsikan oleh Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menerusi akaun Facebook rasminya yang meminta orang ramai terus mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan.

Walau bagaimanapun, perkara tersebut seperti tidak dipersetujui pendakwah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus yang membalas posting Dr Ahmad Samsuri di bahagian komen.

Menurut Ustaz Azhar, undang-undang atau larangan terbabit sepatutnya diadakan kepada semua majlis berbuka puasa lain yang dihadiri ramai orang dan bukan sahaja tertakluk kepada masjid dan surau.

Tambahnya lagi, hotel dan restoran juga patut mengamalkan larangan yang sama kerana wabak COVID 19 tidak memilih tempat

Komen yang ditinggalkan Ustaz Azhar itu telah mendapat lebih 9,000 likes dan hampir 2,000 balasan yang mana rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan tersebut.

Kebanyakan netizen juga berpendapat untuk lebih adil, adalah baik jika semua tempat dilarang mengadakan majlis berbuka puasa yang mengumpulkan ramai orang pada satu tempat.

Sumber:https://lobakmerah.com/covid-tak-pilih-tempat-ustaz-azhar-idrus-tegur-mb-terengganu-tak-benar-jamuan-berbuka-di-masjid/

COMMENTS