Luqman Hafidz sahkan sudah ceraikan isteri Jun lepas

Luqman Hafidz sahkan sudah ceraikan isteri Jun lepas. Selepas dua tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Luqman Hafidz, 31, mengesahkan sudah bercerai dengan isterinya Nurul Atiqah Mad Apandi, 31 pada Jun lalu.

Luqman berkata, memandangkan ramai pihak termasuk rakan media yang bertanyakan mengenai status dirinya dia akhirnya nekad untuk berkongsi perkara itu hari ini.

“Sampai masanya untuk saya kongsikan dan mengesahkan yang saya sudah pun berpisah dengan isteri pada bulan Jun yang lalu.

“”Kami berpisah cara baik di mahkamah. Sekarang fokus kami adalah memberikan kehidupan yang baik pada anak kami,” katanya.

Menurut Luqman, dia berharap orang ramai dapat menghormati dan memberikan ruang kepada dirinya selain ingin menjaga hati keluarga kedua-dua belah pihak.

Luqman Hafidz sahkan sudah ceraikan isteri Jun lepas

“Saya sedar status saya sebagai anak seni tak lari dari perhatian masyarakat. Justeru saya tampil memberikan kenyataan ringkas ini bagi mengelakkan sebarang kekeliruan atau tanda tanya berterusan dari mana-mana pihak. Semoga tiada lagi spekulasi yang timbul selepas ini.

“Saya berharap agar pihak media khususnya dapat memberikan ruang kepada saya dan menghormati keputusan ini bagi menjaga hati keluarga saya juga bekas mentua. Saya mohon maaf atas segala kekalutan sebelum ini.

“Fokus saya sekarang adalah kerja keras bagi mencari rezeki dan sebagai seorang bapa, tanggungjawab ini adalah keutamaan saya. Saya pohon semua titipkan doa yang baik2 dan saya doakan yang terbaik juga buat kalian,” katanya.

Terdahulu Luqman memberitahu media dia belum bersedia menjawab spekulasi berkaitan rumah tangganya yang didakwa sudah berakhir dan kini membawa haluan masing-masing.

Terdahulu, Luqman mendirikan rumah tangga dengan Nurul Atiqah pada 20 Mac 2020.

Pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Eve Laura pada 6 Februari 2021 yang kini berusia setahun.

BACA:

Sato jadi ‘mangsa’ oleh peminat Malaysia di Wikipedia pula

Bungkusan misteri atas kereta bawa padah, tukang masak maut akibat letupan

Taman Tema Air ini tak sampai sebulan dah diarahkan tutup, ini sebabnya