Luruh Hati !!! Pengorbanan seorang ibu, ‘Jual Phone Sebab Dah Tak Ada Duit Nak Makan’

Luruh Hati !!! Pengorbanan seorang ibu, ‘Jual Phone Sebab Dah Tak Ada Duit Nak Makan’

Tidak dinafikan ramai yang terkesan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diarahkan oleh pihak kerajaan dalam membendung wabak Covid-19.

Apa yang lebih menyedihkan, terdapat individu-individu yang hilang ‘mata pencarian’ dan terpaksa mengikat perut kerana tidak lagi berkemampuan.

Seperti sebuah video yang mengundang sebak ramai dikongsi seorang pengguna TikTok, dikenali sebagai Shahril menceritakan kesusahan sebuah keluarga yang hilang punca pendapatan.

Kisahnya bermula, apabila lelaki ini disapa oleh seorang wanita yang datang menaiki motosikal ketika dia sedang rehat. Wanita berkenaan, menawarkan untuk menjual telefon bimbit anaknya bagi membeli makanan dan minuman. Apa yang lebih meruntun hati lagi, apabila ibu tunggal kepada empat cahaya mata ini menjelaskan dia dan anak-anaknya tidak makan sejak pagi lagi.

Tengah rehat tiba-tiba akak ni mai. Dia nak jual telefon dia. Saya tanya kepada nak jual, dia cakap tak ada duit nak makan. Dari pagi tak makan. Ni dari pagi tak makan, anak dekat rumah pun tak makan. Minyak motor pun nak habis dah.

Ujar wanita ini lagi, sebelum ini dia mengambil upah mencuci di rumah pelanggannya namun, berikutan pelaksanaan PKP ia menghalangnya untuk berbuat demikian.

Kak buat kerja cuci rumah orang. Ni Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tak boleh buat. Ni telefon anak dia tak bagi jual, tapi kak terpaksa. Duduk dengan anak 4 orang, kak ibu tunggal.

Susulan daripada itu, lelaki ini tampil memberikan sedikit bantuan kepada wanita ini menjelaskan bantuan susulan akan dihantar terus ke rumah wanita ini.

Takpa kak jangan jual telefon tu. Kami bagi duit sikit, duit ni dari supportes kami dalam kerja amal. Kak bagi number telefon nanti, kami mai rumah hantar bantuan sikit

@shahrilrunner_Pengorbanan seorang ibu..😔😔 #fyp #kerja #amal #taiping #perak

♬ original sound – Ikmal Alif

Sumber:https://ohbulan.com/nak-jual-phone-sebab-dah-tak-ada-duit-nak-makan

COMMENTS