Luah apa terbuku di mahkamah, Amelia Henderson rasa puas

Luah apa terbuku di mahkamah, Amelia Henderson rasa puas. Pelakon Amelia Henderson, 27, bersyukur apabila berpeluang untuk menceritakan apa yang terbuku di hatinya di mahkamah.

Amelia berkata, dia juga berpuas hati dengan keterangan yang diberikan di mahkamah hari ini.

“Saya rasa bersyukur kerana diberikan peluang ini untuk ceritakan di bahagian saya. Sekarang ini kes (bicara) sudah tutup. Kita beri mahkamah masa untuk buat keputusan,” katanya selepas ditemui media pada perbicaraan hari terakhir kes saman pelanggaran kontrak di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Dalam masa sama, Amelia berharap orang ramai dapat mendoakan yang terbaik untuk dirinya.

Pada prosiding hari ini, Hakim Mahkamah Sesyen, Zulqarnain Hassan menetapkan 23 Disember ini bagi hujahan secara lisan kedua-dua belah pihak.

Luah apa terbuku di mahkamah, Amelia Henderson rasa puas

Sepanjang perbicaraan, seramai tiga saksi daripada plantif termasuk pengarah kepada syarikat produksi Datuk A Aida dan tiga saksi defendan termasuk Amelia selesai memberi keterangan.

Sebelum ini media melaporkan Amelia dan pelakon, Idris Khan berdepan tindakan saman daripada A Aida kerana didakwa melanggar kontrak perjanjian sebuah drama seperti yang sudah ditandatangani sebelum ini.

A Aida bersama pengarah drama Sekali Lagi Cinta Kembali iaitu Rizal Baharuddin sepakat membawa perkara terbabit ke muka pengadilan sekali gus memberi pengajaran kepada dua pelakon itu.

Bagaimanapun, saman terhadap Idris berakhir dengan baik apabila kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikannya di luar mahkamah, manakala Amelia memilih untuk melawan kes saman itu.

BACA:

Kerajaan Perpaduan : Sokongan akar umbi terhadap Zahid meningkat

Ular batik 100 kg jadi haiwan peliharaan keluarga ini

Ada petanda positif, Nad Zainal bakal dirawat buah pinggang pula