Lompat parti : Ini buktikan kami buat kesilapan dalam pilih dia wakili kita – Khalid

Lompat parti : Ini buktikan kami buat kesilapan dalam pilih dia wakili kita – Khalid

Pemimpin Amanah Khalid Samad mengakui tidak boleh menghalang mana-mana pihak meninggalkan parti itu, susulan tindakan Adun Meru Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar menyertai PKR.

Pengarah Komunikasi Amanah itu berkata, tindakan Fakhrulrazi itu adalah “lompat parti” dan beliau sendiri tidak menggalakkannya.

“Kita tidak boleh halang sesiapa untuk tinggalkan parti. Sebagai wakil rakyat, dia sepatutnya menganggap sudah diberi kepercayaan oleh parti untuk membawa mesej kita.

“Ini sudah tentunya membuktikan kami membuat kesilapan dalam memilih dia sebagai wakil kita,” katanya kepada FMT.

Khalid bagaimanapun mengucapkan selamat maju jaya kepada Fakhrulrazi.

Pada pilihan raya umum ke-14 lalu, Amanah berjaya memperoleh 9 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/11/16/kita-tak-boleh-halang-orang-lompat-parti-kata-khalid-samad/

COMMENTS