Linangan air mata iringi keputusaan mahkamah lepaskan wanita ini dari tali gantung

Linangan air mata iringi keputusaan mahkamah lepaskan wanita ini dari tali gantung. Hanya lafaz syukur dapat dizahirkan seorang isteri apabila Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepaskannya daripada hukuman gantung atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis bersama suaminya, empat tahun lalu.

Hakim Mohd. Radzi Abdul Hamid melepas dan membebaskan tertuduh, Nurul Shakila Mohd. Ikram Rajoo, 31, di akhir pendakwaan dengan penghakiman wanita itu telah dibuktikan tidak mempunyai niat bersama melakukan kesalahan itu.

Dalam rakaman percakapan, tertuduh memberitahu bungkusan itu telah ada ketika dia menaiki kenderaan terbabit (lokasi dadah ditemui) yang digunakan oleh suaminya sepanjang masa.

Linangan air mata iringi keputusaan mahkamah lepaskan wanita ini dari tali gantung

Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan suaminya, Mohd. Salleh Meerasha, 34, membela diri atas pertuduhan yang telah dipinda selepas pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa telah mengedar dadah berbahaya jenis kanabis, berat bersih 484 gram kira-kira pukul 8.40 malam di Jalan A Eredia Road Portuguese Settlement dalam daerah Melaka Tengah pada 7 Mei 2019.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Tertuduh yang juga merupakan penjawat awam boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 23 Februari depan untuk perbicaraan bagi perintah membela diri.

BACA:

Kenyataan rider ini di kecam netizen, “Ini perempuan kalau dekat Thailand mesti sedap”

Ira Kazar jelaskan perkara buat ramai terkejut, “Jangan salah orang”