Liang Liang selamat lahirkan anak ketiga malam tadi

Liang Liang selamat lahirkan anak ketiga malam tadi

Panda bernama Liang Liang selamat melahirkan seekor anak di Pusat Konservasi Giant Panda, Zoo Negara malam tadi.

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) berkata, kelahiran itu merupakan kali ketiga bagi Liag Liang (panda betina) dan pasangannya Xing Xing (panda jantan) sejak berada di Malaysia pada tahun 2014.

“Anak pertama dan kedua iaitu Nuan Nuan dan Yi Yi dilahirkan masing-masing pada 18 Ogos 2015 dan 14 Januari 2018.

“Pada masa ini jantina anak panda ini masih belum dapat dikenalpasti kerana ianya masih di bawah jagaan rapi ibunya dan tidak dapat didekati,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya petugas Zoo Negara akan terus memantau dan mengawasi Liang Liang dan anaknya bagi tempoh 24 jam.

“Kelahiran anak panda kali ketiga ini merupakan satu lagi kejayaan kepada usaha konservasi Giant Panda di bawah Program Kerjasama Antarabangsa Konservasi Giant Panda antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Republik Rakyat China yang dimeterai pada tahun 2012,” jelasnya.

Berita Penuh :https://www.kosmo.com.my/2021/06/01/liang-liang-lahirkan-anak-ketiga-malam-tadi/

COMMENTS