Lembu berkepala dua gemparkan penternak di Kelantan

Lembu berkepala dua gemparkan penternak di Kelantan. Seorang penternak di Bachok, Kelantan terkejut apabila seekor anak lembu dilahirkan dengan dua kepala di sebuah kandang kira-kira pukul 1.30 tengah hari tadi.

Menurut penternak, Kamazuhar, 49, kelahiran anak lembu baka Limousine itu merupakan kejadian pertama kali yang dilaluinya sepanjang lebih lima tahun menguruskan ternakan lembu.

Lembu berkepala dua gemparkan penternak di Kelantan

Kamazuhar menjelaskan, pada awalnya, anak lembu tersebut masih hidup namun, disebabkan sebahagian kepalanya tersangkut dan sukar untuk dikeluarkan, dia bersama lima rakan yang lain terpaksa menggunakan kaedah berbeza demi menyelamatkan nyawa.

BACA:

Luar setinggan dalam kondo, ramai ternganga lihat dekorasi dalaman rumah ini

Bayar tapak RM1,200 tapi ini yang dapat, peniaga tutup awal

Hakikat pedih : Peniaga ramai, pembeli kurang… “Tak balik modal pun”