Lelaki tidak sedar terakam gambar UFO

Lelaki tidak sedar terakam gambar UFO

Lelaki tidak sedar terakam gambar UFO.Seorang lelaki dari Worcestershire, Britain, yang berhasrat merakam gambar bulan di langit terkejut apabila mendapati sebuah objek terbang tidak dikenali (UFO) pada imej tersebut, lapor akhbar Daily Star semalam.

David Suszek, 63, pada 15 Oktober lepas merakam imej bulan di sebalik awan di depan rumahnya.

Menurutnya, dia pada awalnya tidak menyedari terdapat sebuah UFO sedang terbang di langit ketika gambar bulan itu dirakam.

“Kira-kira pukul 8 malam, saya merakam gambar bulan menggunakan telefon bimbit di hadapan saya rumah di Rubery menghadap Bukit Lickey.

“Niat asal saya adalah untuk merakam imej bulan di sebalik awan yang kelihatan sangat cantik pada malam tersebut.

“Bagaimanapun, selepas diamati, saya menyedari terdapat sebuah objek berbentuk sfera pada bahagian kanan gambar,” kata Suszek.

Tambah lelaki itu, dia hanya menyedari kehadiran objek tersebut dua hari kemudian.

“Saya menyedari terdapat cahaya terang pada gambar tersebut dua hari kemudian selepas membaca satu artikel mengenai seorang bekas pegawai tentera berpangkat kapten dari Amerika Syarikat, Robert Salas, yang pernah bertembung dengan UFO di Montana, 50 tahun lalu.

“Saya amat terkejut dan bertanya kepada diri sendiri bahawa adakah objek itu merupakan UFO kerana ia kelihatan amat sama,” katanya

Baca :Mamat Khalid Di laporkan meninggal dunia

COMMENTS