Lelaki Terkejut Temui alat sulit Lelaki Dalam Botol

Lelaki Terkejut Temui alat sulit Lelaki Dalam Botol

Lelaki Terkejut Temui Kemaluan Lelaki Dalam Botol.Seorang tukang kebun dikejutkan dengan penemuan kemaluan lelaki dalam balang kaca susulan bau busuk yang dihidunya ketika sedang berkebun di tanah didakwa milik ibunya.

Menurut laporan Daily Star, kejadian yang dilaporkan berlaku di Balcarce di Buenos Aires, Argentina kini dalam siasatan pihak polis di sana.

Lelaki berkenaan ketika kejadian dilaporkan sedang merapikan semak-samun sebelum secara tidak sengaja memecahkan sebuah balang kaca.

Dia kemudian terhidu bau busuk sebelum membuat penemuan mengejutkan itu.

Pihak polis dilaporkan sedang menjalankan siasatan untuk menentukan bagaimana kemaluan berkenaan boleh berada di dalam botol tersebut dan kepunyaan siapa.

 Lelaki

Bagaimanapun, dalam laporan berbeza, konflik dipercayai timbul apabila tanah yang dibersihkan oleh tukang kebun berkenaan bukan milik ibunya sebaliknya dia hanya diupah untuk membersihkan tanah tersebut oleh orang lain.

BACA: Mufti Perjelas Hukum Gurauan Seperti Prank, Karikatur, Parodi & Seumpamanya

Penduduk tempatan turut mengaitkan insiden berkenaan dengan kisah ‘Lorena Bobbitt versi Argentina’. Lorena dikatakan telah memotong kemaluan suaminya kerana mendakwa tidak tahan menjadi mangsa penderaan seksual bertahun-tahun lamanya.

Berita Penuh : https://siakapkeli.my/2021/09/18/bau-busuk-ketika-berkebun-lelaki-terkejut-temui-kemaluan-lelaki-dalam-botol/

COMMENTS