Lelaki terkejut dapat ayam semalam di bazar, “pandai dia celup tepung sekali lagi”

Lelaki terkejut dapat ayam semalam di bazar, “pandai dia celup tepung sekali lagi” Semua orang mengharapkan juadah yang dibeli di bazar Ramadan mampu membuka selera semasa berbuka puasa.

Namun, lain pula menimpa seorang lelaki apabila ayam goreng yang dibelinya adalah ayam yang tidak habis dijual dan kemudiannya disalut serta digoreng semula.

Menurut lelaki yang dikenali Tuan M E-One dia berang apabila ayam dibelinya itu rupaya ayam semalam.

“Nak meniaga biarlah ikhlas dan cerdik sikit, dahla panaskan yang semalam punya, pergi salut tepung baru pulak.

Lelaki terkejut dapat ayam semalam di bazar, "pandai dia celup tepung sekali lagi"

“Agak-agak berkat ke rezeki tu?,” soalnya.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna mengecam tindakan penjual yang tidak bertangungjawab kerana telah menipu pembeli.

“Agak-agaklah nak goreng balik, tak habis jualan sedekah jelah dekat kawan-kawan sama niaga kat bazar.

“Kalau yang mentah tak habis tak apalah esok boleh goreng ni dah goreng ,goreng balik lagi,”tulis Chef Haffizam Offshore.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Nur Azatul Amira.

“Saya pergi lewat dekat pukul 7 petang, itu pun masih berlambak lagi makanan dan kuih-kuih atas meja, tak mustahil ada yang jual balik esoknya,”jelasnya.- KOSMO! ONLINE.

BACA:

Syed Saddiq mohon maaf kepada Yasin Sulaiman

Harga tiket bas naik mendadak sehingga 20% menjelang aidilfitri

Mia Ahmad kongsi hal rumahtangga bersama penjaga gol JDT, tak sangka..