Lelaki terjun sungai disangka lemas, elok-elok ditemui berehat kat rumah

Lelaki terjun sungai disangka lemas, elok-elok ditemui berehat kat rumah

Seorang lelaki yang disangka lemas selepas terjun dari Jambatan By Pass Jalan Kota Tinggi menghala ke Mersing pagi kelmarin berjaya ditemui keluarganya dalam keadaan selamat semalam.

Lelaki warga tempatan berusia 45 tahun ditemui selamat ahli keluarga selepas dipercayai pulang ke rumah abang iparnya yang terletak di Kota Jaya di sini.

Difahamkan, hasil siasatan awal mendapati, selepas terjun ke dalam sungai, dia terselamat sebelum berenang ke tepi dan berjalan kaki ke sebuah stesen minyak berdekatan dan menaiki teksi menuju ke Hospital Kota Tinggi.

Lelaki itu kemudiannya berehat di belakang kawasan hospital dan berjalan kaki ke rumah abang iparnya sebelum abang ipar memaklumkan kepada polis.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, lelaki itu bagaimanapun kini ditahan polis kerana mempunyai waran tangkap kes dadah.

“Kita dimaklumkan oleh keluarga bahawa orang hilang tersebut telah ditemui selamat oleh ahli keluarga sendiri.

“Motif lelaki berkenaan bertindak terjun jambatan itu masih belum dapat dipastikan. Namun ujian awal air kencing ke atas lelaki terbabit mendapati dia positif dadah jenis morfin.

“Semakan rekod jenayah juga mendapati lelaki terbabit ada terlibat beberapa kes jenayah dan juga beberapa kes narkotik melibatakan waran tangkap,” katanya dalam kenyataan dalam kenyataan di sini hari ini.

Hussin berkata, ekoran penemuan lelaki itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari kedua semalam yang melibatkan anggota bomba, PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia telah dihentikan pada pukul 8 malam semalam.

Tambahnya, lelaki berkenaan juga kini sedang ditahan di dalam lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi untuk siasatan lanjut.

Berita Penuh :https://www.kosmo.com.my/2021/05/21/disangka-lemas-rupanya-balik-rumah/

COMMENTS