Lelaki tak sengaja hon ditumbuk

Lelaki tak sengaja hon ditumbuk. Gara-gara tidak sengaja membunyikan hon, seorang lelaki ditumbuk, manakala cermin keretanya dipecahkan dengan dua batang besi di hadapan sebuah pasar raya di kawasan Taman Setia Indah, di sini, hari ini.

Ketua Polis daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira 12 tengah hari selepas lelaki berkenaan dipercayai berselisih faham dengan seorang lelaki tempatan kerana membunyikan hon tanpa sengaja.

Katanya, mangsa mengaku tidak mengenali suspek yang menaiki motosikal Yamaha 135LC.

“Ketika kejadian, suspek menyemburkan serbuk pemedih mata ke arah mata pengadu, memukul kepala menggunakan topi keledar dan memecahkan cermin kereta di bahagian hadapan.

“Kemudian empat lelaki warga tempatan yang tidak dikenali, dipercayai kawan suspek, datang ke lokasi menaiki kenderaan pacuan empat roda.

Lelaki tak sengaja hon ditumbuk

“Mereka terus bertindak memecahkan cermin kereta lelaki berkenaan di bahagian belakang dan pintu kanan serta kiri.

“Suspek juga memukul bonet depan kereta pengadu menggunakan dua batang besi panjang,” katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Raub berkata, kejadian menyebabkan mangsa mengalami cedera bengkak di bibir, lebam di tangan dan sakit di belakang badan serta leher.

Susulan itu, mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian pada 1.55 petang, di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan.

Katanya, pihak polis sedang mengesan lima suspek yang terbabit dalam kes ini bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi talian hotline IPD JBS ditalian 07-2182323 atau Pegawai Penyiasat Inspektor Salaihudin Azual Razali di talian 013-7290763,” katanya.

Terdahulu, tular satu video berdurasi enam saat memaparkan tindakan dua lelaki membuat kerosakan terhadap sebuah kereta berwarna putih.

Turut kelihatan kesan cermin pecah di tingkap pemandu kereta terbabit.

BACA:

Neelofa keluar produk baru, ini ‘senjata’ kalau kena kecam

Dikecam promosi iklan judi, ini jawapan Isa Isarb, bikin sakit hati dengar

Nora Danish belanja pakai baju nipis, benda lain netizen perasan