Lelaki Tak sangka bertemu jodoh dengan sorang artis

Lelaki Tak sangka bertemu jodoh dengan sorang artis

Lelaki Tak sangka bertemu jodoh dengan sorang artis. Saya tahu dia artis tapi tak sangka boleh bertemu jodoh dengannya no,” kata Wan Mohd. Hafizam Wan Ismail, 45, yang mengesahkan perkahwinan dengan penyanyi, Ezlynn Ariffin, 39.

Beliau yang dihubungi Kosmo! sebentar tadi berkongsi berita gembira tersebut dan menceritakan kisah detik perkenalan mereka.

“Ada satu perkara mengenai Ezlynn yang saya suka iaitu dia amat menitik beratkan soal solat. Dia amat menjaga perkara tersebut walaupun sesibuk mana pun.

“Saya sendiri tidak menyangka akan bertemu jodoh dengannya kerana saya hanya orang biasa manakala dia seorang penyanyi terkenal,” kata penderma hati pertama negara itu hari ini.

Artis

Bercerita mengenai detik awal perkenalan mereka, Hafizam memberitahu, ia bermula dalam satu program amal membabitkan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) sekitar tahun lalu.

“Pada mulanya, kami bekerjasama dalam satu program amal di sekitar Kuala Lumpur pada tahun lalu. Saya hanya mengenali dia(Ezlynn) sebagai seorang penyanyi dan sudah semestinya dia tidak mengenali saya,” selorohnya.

Katanya, mereka tidak pernah merancang untuk mendirikan rumah tangga apa lagi untuk bertemu jodoh.

“Saya sendiri tidak menyangka bertemu jodoh dengannya kerana perkara ini berlaku dalam tempoh yang singkat. Saya hanya menjalani babak-babak percintaan selepas berkahwin dengan Ezlynn.

“Sebelum ini, saya ada memberitahu hasrat untuk berkahwin kepada ibu bapa Ezlynn termasuk keluarga saya dan mereka telah bersetuju. Saya telah dinikahkan sendiri oleh bapa Ezlynn dalam satu majlis yang sangat ringkas pada dua minggu lalu di rumah Ezlynn.

“Majlis pernikahan itu dijalankan secara ringkas dan segala urusan berjalan lancar. Saya juga memohon orang ramai mendoakan perkahwinan kami kekal dan bahagia hingga ke akhirat,” jelasnya.

Wan Mohd. Hafizam pernah menggemparkan seluruh tanah air pada 23 tahun lalu selepas mendermakan sebahagian hatinya kepada Afiq Iqmal yang berusia 14 bulan ketika itu walaupun tiada pertalian darah antara mereka

Berita penuh: https://www.kosmo.com.my/2021/09/25/saya-tak-sangka-bertemu-jodoh-dengan-ezlynn/

Baca:Misteri Cahaya Seakan ‘Bola Api’ Di Langit Bikin Penduduk Cemas

COMMENTS