Lelaki rogol, bunuh adik ipar di tahan Polis kelantan

Lelaki rogol, bunuh adik ipar di tahan Polis kelantan

Lelaki rogol, bunuh adik ipar di tahan Polis kelantan.Polis menahan lelaki kerana disyaki merogol dan membunuh adik iparnya di sebuah kampung di sini, kelmarin.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat, berkata penahanan susulan laporan diterima jam 6.30 petang mengenai kematian remaja perempuan berusia 17 tahun.

Katanya, bedah siasat di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II, Kota Bharu mendapati punca kematian mangsa disebabkan ‘Asphyxia’ atau lemas.

“Malah, terdapat kesan luka di muka, tengkuk dan kesan koyakan baharu pada kemaluan mangsa.

“Sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas dengan kerjasama anggota D9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan menahan suspek jam 4 petang semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shafien berkata, pemeriksaan fizikal ke atas suspek yang bekerja sebagai pemotong kelapa sawit mendapati terdapat kesan calar pada bahu kiri belakang disyaki dicakar.

Katanya, suspek direman tujuh hari bermula hari ini hingga 6 November untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Baca:Ahli Parlimen Pasir Mas Ketua Pemuda PAS yang baharu

COMMENTS