Lelaki rahsiakan menang Jackpot RM143 Juta daripada keluarga

Lelaki rahsiakan menang Jackpot RM143 Juta daripada keluarga. Seorang lelaki di China merahsiakan kejayaannya memenangi loteri berjumlah 219 juta yuan (RM143 juta) daripada isteri dan anaknya kerana dia bimbang sekiranya mereka menjadi ‘malas’.

Bagi melindungi identitinya, lelaki itu yang hanya mahu dikenali sebagai ‘Mr Li’ mengenakan kostum kartun berwarna kuning ketika menuntut hadiah kemenangannya di pejabat loteri, di sini pada minggu lalu.

Menurut Li, dia berasa seronok dengan kemenangan tersebut dan akan terus merahsiakan perkara itu daripada keluarganya.

“Saya tidak beritahu isteri dan anak kemenangan ini kerana tidak mahu mereka menjadi terlalu malas dan selesa kerana mengetahui kami mempunyai duit yang banyak.

“Sebaliknya, saya lebih selesa jika kami hidup seperti biasa dengan anak saya boleh mencari kerja untuk masa depannya,” katanya.

Lelaki rahsiakan menang Jackpot RM143 Juta daripada keluarga

Sebelum menuntut kemenangannya, Li tinggal selama seminggu di sebuah hotel kerana takut kehilangan tiket loteri.

Katanya, dia langsung tidak keluar dari bilik dan hanya memesan makanan secara dalam talian.

Selepas membayar cukai, Li turut menyumbangkan sebahagian wang tersebut kepada badan kebajikan.

BACA:

Bantuan Kewangan BMT RM800 dipercepat ke November ini, semak sekarang

Pencalonan calon PH di Dun Kemayan, Pahang ditolak SPR

10 alat di dapur yang kita beria beli tapi pakai sekali dua saja