Lelaki panik Periksa Akuarium Tekejut Lepas Buka Bekas Berisi Ikan

Lelaki panik Periksa Akuarium Tekejut Lepas Buka Bekas Berisi Ikan

Lelaki Periksa Akuarium Tekejut Lepas Buka Bekas Berisi Ikan.Bagi mereka yang ada membela ikan di dalam akuarium, tentunya adalah satu mimpi ngeri sekiranya ada ikan yang hilang tanpa sebab atau dijadikan ‘lauk’ tanpa pengetahuan anda. Macam situasi yang dikongsikan oleh lelaki ini apabila dia hampir saja panik apabila melihat ikan yang sama dipeliharanya di dalam bekas makanan ini.

Gelagatnya yang panik berlari untuk memeriksa ikan di dalam akuarium itu turut membuatkan netizen dapat memahami perasaan cuak yang dirasainya itu. Malah ada yang berseloroh mungkin juga ianya adalah satu petanda tentang nasib yang akan dialami oleh ikan yang dipeliharanya ini.

Di dalam video yang dikongsikan ini, lelaki itu dilihat membuka sebuah bekas yang berisi ikan yang sudah siap dipotong untuk dimasak. Dia kemudiannya berlari ke bilik tidurnya untuk memeriksa ikan-ikan di dalam akuarium miliknya itu.

panik

@syafaatsyabanFuhh nasib baikk😌 terkejut aku 🤣♬ original sound – Syafaat Syaban

Sebaik sahaja tiba di hadapan akuarium itu, dia mula memeriksa kesemua ikan terutamanya ikan yang sama jenis seperti yang dilihatnya di dalam bekas itu. Namun mujur tiada ikan peliharaannya yang hilang malah semuanya dilihat elok berenang di dalam akuarium.

Menurut lelaki itu, dia mengakui turut berasa terkejut sebaik sahaja melihat ikan yang sama berada di dalam bekas makanan itu. Tetapi dia akhirnya berasa lega setelah memeriksa keadaan ikannya yang baik-baik sahaja di dalam akuarium.

BACA: Mufti Perjelas Hukum Gurauan Seperti Prank, Karikatur, Parodi & Seumpamanya

Meninjau di ruangan komen, netizen turut terhibur melihat reaksi panik lelaki ini yang segera memeriksa akuariumnya itu. Malah ada yang berseloroh mungkin juga ini boleh dijadikan sebagai amaran sekiranya dia ada bergaduh dengan sesiapa di dalam rumah itu.

Sumber: https://himpunanceritalawak.com/2021/09/17/lelaki-periksa-akuarium-lepas-buka-bekas-berisi-ikan-undang-ketawa/

COMMENTS