Lelaki mengamuk flight delay 8 jam, sekali netizen tumpang setuju

Lelaki mengamuk flight delay 8 jam, sekali netizen tumpang setuju. Sejak semalam, tular di media sosial satu video seorang lelaki mengamuk di hadapan kaunter penerbangan kerana menunggu terlalu lama pesawat yang sepatutnya dinaiki olehnya serta penumpang yang lain.

8 jam kena sidai
Menerusi video yang dikongsikan pengguna TikTok dikenali sebagai @opmchimmy, dia mengatakan sepatutnya pesawat yang membawa mereka berlepas pada jam 2335 (11.35 malam) 22 Disember 2022 namun ditunda sehingga jam 0740 (7.40 pagi) 23 Disember 2022, tanpa sebarang pengumuman.

Dalam video itu, jelas terdengar seorang lelaki di kaunter menggesa agar pihak pengurusan bertangugnjawab kepada para penumpang yang keletihan lebih-lebih lagi ada warga emas yang tidak berapa sihat.

Selepas didesak, pihak pengurusan memberi jawapan bahawa hotel mereka penuh dan tidak dapat berbuat apa-apa.

Penjelasan tersebut membuatkan para penumpang semakin naik angin kerana mereka membiarkan penumpang menunggu selama 8 jam tanpa sebarang pengumuman.

Lelaki mengamuk flight delay 8 jam, sekali netizen tumpang setuju

Tiada sebarang pengumuman
Susulan daripada itu, penumpang yang menengking staf yang bertugas di kaunter tersebut telah tampil menjelaskan keadaan ketika itu yang mana ia berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Firdaus Jailan mengatakan yang dia sepatutnya menaiki pesawat jam 11.35 malam untuk ke Kuching, Sarawak namun penerbangan telah ditunda dan tiada sebarang pengumuman sehingga mereka perlu menanti terlalu lama.

“Flight sepatutnya pukul 11.30 malam tapi apabila aku sampai, kakitangan syarikat penerbangan cakap delay ke pukul 2.30 pagi sebab keadaan cuaca.

“Apabila dia cakap macam tu, aku tanya lagi adakah akan ada delay lagi atau memang betul berlepas pukul 2.30 pagi. Dia cakap tak akan ada delay dah

“Sekarang tengok dekat skrin jadual penerbangan ni, tertulis flight kami pukul 6.35 pagi esok, tak ada cakap delay apa pun,” jelas Firdaus menerusi ciapan pada pukul 3.56 pagi Jumaat.

“Seorang staf pun tak nampak muka. Makluman apa pun tak ada. Padahal awal-awal aku dah tanya, kalau delay lama lagi, aku nak check-in.

“Aku nak duduk luar, cari hotel dan tidur. Kau bayang daripada pukul 11 malam sampai ke pukul 6 pagi nak duduk je dekat airport satu hari tak tidur.

“Tak ada seorang pun staf syarikat penerbangan yang datang untuk tanya khabar kami atau berikan apa-apa maklumat. Kami memang left in the dark,” terang Firdaus tentang keadaan mereka pada ketika itu.

Bukan tengking staf biasa ye

Dalam posting di TikTok juga, Firdaus turut mengatakan yang tiada sebarang pengumuman dibuat dan tindakannya menengking staf tersebut bersebab serta menyatakan petugas berkenaan adalah manager dari bahagian pengurusan.

Pihak pengurusan perlu bertanggungjawab

Benda dah jadi, harap ada tindakan

Dua jam pun dah menggelupur apa lagi 8 jam
Susulan daripada itu, ramai yang bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh lelaki terbabit kerana pernah mengalami masalah yang sama.

Mereka juga merasakan apa yang dilakukan dengan menunda waktu penerbangan tanpa memberitahu dan terlalu lama sangat keterlaluan memandangkan ia telah menyusahkan penumpang yang tidak membuat persediaan berhubung kejadian seperti itu.

Patutnya pihak penerbangan kena bayarkan hotel

Kalau penumpang lambat seminit gate tutup

Diaorang lambat takpe

Walau bagaimanapun, setakat hari ini belum ada sebarang penjelasan daripada pihak pengurusan syarikat penerbangan terbabit berhubung kejadian tersebut.

@opmchimmy Flight delayed 8 hours , supposedly to catch on flight at 2335 hrs @22/12/2022 , but delayed until 0740hrs @ 23/12/2022 without any announcement given to all the passengers:( #malindoair #batikair ♬ original sound – Chimmy

BACA:

Nad Zainal akhirnya luah perasaan terhadap Ungku Ismail

Nasib malang wanita ini, dimakan hidup-hidup oleh jerung harimau

“Pulangkan hak saya, mana boleh ambik hak orang tanpa beri tahu apa-apa,” – Faisal Halim