Lelaki ini dedah maksud lirik lagu ‘Ya Budu P’yan’, mengejutkan..

Lelaki ini dedah maksud lirik lagu ‘Ya Budu P’yan’, mengejutkan.. Lagu berbahasa Rusia, Eta Lyubov nyanyian Amirchik semakin popular sejak kebelakangan ini apabila sering dijadikan muzik latar video-video pendek di media sosial.

Salah satu sebabnya ialah ungkapan lirik dalam korusnya “Ya Budu P’yan” yang sering diparodikan oleh rakyat Malaysia menjadi “Ya Bodoh Piang”.

Tidak ramai yang tahu maksud sebenar di sebalik ungkapan tersebut yang sering disebut-sebut dan dinyanyikan orang ramai termasuklah golongan kanak-kanak.

Atas rasa tanggung jawab sosial, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan telah membuat perkongsian berikut di Facebooknya bagi menyedarkan kita semua tentang maksud sebenar liriknya yang agak tidak manis mengikut nilai murni dan adat-adat ketimuran rakyat Malaysia.

Ya Budu P’yan Ya Bodoh Piang Amirchik

Kebelakangan ni, saya selalu dengar lagu “Bodoh Piang” dimainkan di sosial media sebagai lagu latar. Lagu bahasa Rusia tu jadi sangat popular di Malaysia, sebab ia catchy dan sebutannya dianggap kelakar.

Lelaki ini dedah maksud lirik lagu 'Ya Budu P'yan', mengejutkan..

Mungkin ada yang tahu, dan ada yang tidak: lirik korus lagu itu, ada mengandungi sedikit perkara yang tak elok untuk kita nyanyikan. Kalau boleh, elakkan nyanyi korus lagu itu.

Mana saya tahu maksud liriknya tak berapa elok? Sebab saya pernah menetap di Krimea (dulu jajahan Ukraine, kini jajahan Rusia) selama 7 tahun. Jadi saya boleh fahamlah sikit bahasa Rusia.

Lagu ni berjudul “Eta Lyubov’ (Ini Cinta/Cinta Ini) nyanyian Amirchik.

■Korusnya berbunyi:

Eta lyubov’ samaabman

I da utra ya budu pʹyan

Viski – narkoz i v ablaka

Ty ne maeya, ty ne maeya

Makna:

Cinta ini, adalah tipu daya (diriku) sendiri

Dan sehingga pagi ku kan (akan) mabuk

Wiski – narkos, dan ke awan

Kau bukan milikku, kau bukan milikku

Nampak tak kenapa saya kata tak elok?

“Ya budu p’yan” yang selalu diparodikan oleh orang kita sebagai “Ya bodoh piang” tu membawa maksudnya “Aku akan mabuk”.

Ini bukan melawak. Ini betul-betul.

Ada juga disebut dalam korus itu tentang minuman keras (wiski/whiskey), tak sedarkan diri (narkos/narkosis) dan berkhayal/high (ke awan).

Tak berapa sesuai dinyanyikan berulang-ulang, kan?

Dalam rangkap lain, tiada masalah sangat. Sekadar bercerita tentang kesedihan penyanyi yang tak berjaya memiliki insan yang dia kasihi.

Saya beri maksud rangkap-rangkap lain:

■Ty ne maeya, a ya ne tvoy

Nash razgavor – pʹyanaya bolʹ

Vremya prashlo, ty khaladna

Teperʹ ya s drugoy, i ty zanyata

Makna:

Dan aku bukan milikmu

Perbualan kita– sakit yang memabukkan

Masa pun berlalu, kau (menjadi) dingin

Sekarang ku bersama (insan) lain, dan kamu sibuk(dengan perkara lain).

■A mozet lucshe budet vovse teperʹ

Ya podobral kluchi, no ne otkril dverʹ

I mne tak zalʹ, to ty siyayeshʹ ne dla menya

Smiryusʹ, to ty ne moya

Makna:

Atau mungkin sekarang semuanya lebih baik

Ku ambil kunci, tapi tak ku buka pintu

Dan ku amat sesal, kerana kau tak bersinar untukku

Ku pasrah (terima), kau bukan milikku

■Vop-vop, ty tak krasiva

Klop-klop, udalyays arkhiva

Ya lubuysʹ toboy, ty ze diva

Iz kakovo-to filʹma

Maknanya:

Wah-wah, kau sangat cantik

Klap-klap(bertepuk), ku padam dari arkib

Ku mengagumimu, kau (seperti) diva

Dari sesebuah filem

■Ya stoboy, tak khochu sot katʹsa

I nadeysʹ, u menya poluchit sa

No ty ne maeya i ya muchiyusʹ

Makna:

Ku ingin bergambar dengamu

Dan ku harap bisa mendapatkannya

Tetapi kau bukan milikku, dan ku merana

***

Saya sekadar memberitahu dan berpesan sahaja. Saya rasa terpanggil untuk memaklumkan perkara ini, kerana saya faham makna lirik tersebut. Lepas kalian dah tahu, terpulanglah pada kalian.

Semoga bermanfaat!

BACA:

Penumpang tiba-tiba melompat ke belakang buat pemandu grab cemas

Sumpah Mubahalah Najib adalah bidaah