Lelaki hilang ketika jalan kaki dari Sepanyol ke Qatar, nak tengok piala dunia

Lelaki hilang ketika jalan kaki dari Sepanyol ke Qatar, nak tengok piala dunia. Niat seorang lelaki yang melakukan pengembaraan berjalan kaki dari Madrid ke Doha bagi menyaksikan Piala Dunia Qatar 2022 tidak kesampaian apabila dia dilaporkan hilang sejak tiga minggu lalu.

Keluarga Santiago Sanchez dari Sepanyol yakin lelaki itu ditahan di Iran.

“Kami dapat tahu dari Kementerian Luar bahawa terdapat kemungkinan 99 peratus Sanchez ditahan.

Lelaki hilang ketika jalan kaki dari Sepanyol ke Qatar, nak tengok piala dunia

“Kami berharap Sanchez berada dalam keadaan selamat dan kami percaya dia kini ditahan di sebuah penjara di Teheran,” kata ibunya, Celia Cogedor.

Dalam pada itu, adik Sanchez juga sudah mengunjungi kementerian tersebut untuk mengetahui lebih lanjut keadaan abangnya.

“Setiap saat adalah berharga buat kami sekeluarga. Kami hanya berharap Sanchez sihat dan selamat.

“Kami bergantung kepada pihak berkuasa negara ini untuk membantu Sanchez,” ujarnya.

Kementerian itu menerusi kenyataan memaklumkan bahawa Kedutaan Sepanyol di Teheran sudah berhubung dengan pihak berkaitan kehilangan Sanchez, namun enggan memberikan butiran lanjut.

Kali terakhir Sanchez menghubungi keluarganya adalah pada 2 Oktober lalu, sehari selepas dia melepasi sempadan Iran-Iraq.

Lelaki berusia 41 tahun itu juga sebelum ini pernah memaklumkan kepada keluarganya bahawa komunikasi mungkin menjadi sukar selepas dia tiba di Iran.

Sementara itu, sebuah organisasi hak asasi manusia di Iran memberitahu, Sanchez ditahan pihak berkuasa selepas dia mengunjungi kubur Mahsa Amini yang kematiannya mencetuskan pergolakan di negara terbabit.

BACA JUGA:

2 isteri orang dicekup berselingkuh dengan ‘mat bangla’ dalam bilik hotel

Villa termahal tiada pembeli, jual harga ‘jackpot’ RM2.2billion je..

Proton model baharu Proton S50 bakal dilancarkan, ini tarikh pelancarannya