Lelaki ditemui mati siap berbungkus di Gua Musang

Lelaki ditemui mati siap berbungkus di Gua Musang. Mayat seorang lelaki berusia lingkungan 20-an ditemui dalam keadaan berbungkus berdekatan kolam air panas Lojing, Gua Musang, pada Ahad lalu.

Mayat berbungkus di kolam air panas

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo memaklumkan siasatan awal mendapati mayat tersebut dibungkus dengan selimut dan diikat menggunakan tali.

Lelaki ditemui mati siap berbungkus di Gua Musang

Hasil pemeriksaan di tempat kejadian, polis menjumpai seorang lelaki yang telah meninggal dunia. Mayat lelaki berkenaan dibawa ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.

Mayat lelaki disyaki warga asing itu berketinggian 1.6 meter dan tidak mempunyai suntikan Bacille Calmette-Guerin (BCG). Menurutnya, siasatan awal di tempat kejadian mendapati tiada unsur jenayah berlaku ke atas mayat tersebut dan tiada kesan kecederaan dialami pada badan si mati.

Difahamkan, setakat ini, kes diklasifakasi sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut masih dijalankan.

BACA:

Gelagat kucing bawak lari roti Gardenia curi tumpuan ramai

Puteri Sarah jumpa Rossa Sera, siap offer lawyer

Dana Usahawan Mikro : Mohon sekarang, bantuan sehingga RM30,000