Lelaki dakwa temui pesawat empat sayap

Lelaki dakwa temui pesawat empat sayap

Lelaki dakwa temui pesawat empat sayap.Seorang pengguna aplikasi pemetaan, Google Earth mendakwa menemui sebuah pesawat mempunyai empat sayap dan empat enjin di landasan sebuah lapangan terbang komersial yang sibuk, lapor akhbar Daily Star semalam.

Pesawat tidak masuk akal itu didakwa merupakan hasil kerja makhluk asing dalam satu hantaran di saluran YouTube, UFO Sightings Daily.

Pengguna berkenaan, Scott C Waring mendakwa pesawat ganjil itu dikesan pada koordinat 47°26’29.99 Utara dan 122°18’20.19 Barat. Ia menunjukkan Lapangan Terbang Antarabangsa Seattle-Tacoma di Washington.

Bagaimanapun, pesawat pelik itu tidak lagi kelihatan dipercayai berpunca daripada imej satelit Google Earth yang dikemas kini.

“Objek ini tidak seperti mana-mana pesawat yang saya pernah lihat,” katanya.

Lelaki dakwa temui pesawat empat sayap

Ini Profil Dan Fakta Menarik Dato’ Sri Mahadi Yg Ramai Tak Tahu

Scott mendakwa bahawa gambar itu tulen tanpa sebarang manipulasi.

“Kita mendengar banyak laporan tentang objek terbang tidak dikenali (UFO) menyamar sebagai komet, kapal angkasa SpaceX termasuk menyamar sebagai pesawat supaya ia boleh terbang tanpa menarik perhatian,” katanya.

Sejak dimuat naik pada Ahad lepas, rakaman video itu sudah mencatatkan lebih 2,000 tontonan dengan rata-rata netizen berdebat sama ada imej itu berpunca daripada masalah rakaman satelit dan bukan perbuatan makhluk asing.

BACA: Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia Dibuka Mulai Hari Ini
Semakin ramai ‘Long Tiger Junior’ di jalanan

COMMENTS