lelaki ‘broken’ tak jadi kahwin akui dah beli baju nikah

lelaki ‘broken’ tak jadi kahwin akui dah beli baju nikah

lelaki ‘broken’ tak jadi kahwin akui dah beli baju nikah.Dalam menjalani kehidupan ini, manusia hanya mampu merancang tetapi Tuhan menentukan segala-galanya. Sekiranya perkara yang diharapkan tidak berlaku, anggap sahaja tiada rezeki dan ada hikmah tersendiri.

Bagi Iqbal Baharom, dia reda apabila hasrat ingin mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan hatinya tidak kesampaian walaupun telah melakukan pelbagai persiapan menuju hari bahagia.

Menerusi perkongsian video di platform TikTok miliknya, lelaki berusia 32 tahun itu memuat naik foto sijil kursus kahwin yang dihadiri tahun lalu selain persalinan nikah berona putih sedondon bersama pasangan.

lelaki

Jangan kita bersangka buruk pada Allah. Dia sebaik2 perancang,” tulisnya ringkas.

@manusiaberbuluJgn kita bersangka buruk pada Allah.dia sebaik2 perancang 🥲🤲🏻 #fypシ #fyp #fypdongggggggg

♬ semangat ngontennya – dollar kuning

Malah di akhir video berdurasi 23 saat itu, dapat dilihat Iqbal tidak dapat menahan sebak apabila menangis mengenangkan kepahitan terpaksa dilaluinya apatah lagi cinta pertama yang pasti bukan mudah untuk dilupakan.

BACA: Wanita panik sangka tag adalah alat pengesan rupanya……

Sementara itu, dia mengakui bekas tunangnya itu merupakan insan yang baik. Namun berpendapat mungkin dirinya terdapat kekhilafan atau kurang sempurna untuk bergelar isteri kepada wanita tersebut.

Sumber: https://ohmymedia.cc/dah-beli-baju-nikah-lelaki-broken-tak-jadi-kahwin-dia-cinta-pertama-saya/

COMMENTS