lelaki baring tengah jalan merajuk dengan kekasih

lelaki baring tengah jalan merajuk dengan kekasih

lelaki baring tengah jalan merajuk dengan kekasih.Gara-gara bertengkar dengan teman wanitanya, seorang lelaki nekad berbaring di tengah jalan raya dan enggan bangun meskipun berulang kali dipujuk, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Menerusi satu klip video yang dikongsikan di laman Instagram, lelaki berseluar pendek itu dilihat berbaring di atas sebatang jalan secara tiba-tiba.

Daripada reaksinya, dia kelihatan sedang bertengkar dengan seorang wanita bertudung yang membawa sebuah beg galas.

Wanita itu kemudiannya dilihat cuba memujuk lelaki berkenaan, namun dia enggan bangun dari atas jalan dan terus berbaring tanpa menghiraukan orang yang lalu-lalang.

Tidak lama selepas itu, dua orang awam menghampiri pasangan tersebut dan menyuruh lelaki terbabit untuk bangun. Dia akhirnya akur dan bangun berdiri di tepi jalan raya.

Video itu menjadi tular dengan ramai netizen memberikan pelbagai komen yang mengecam tindakan lelaki itu yang disifatkan tidak wajar dilakukan.

“Buat malu sahaja. Lebih baik putus sahaja kalau berkelakuan begitu,” komen seorang pengguna.

“Menyusahkan ramai orang,” kata seorang lagi netizen

BACA: Selepas tular penghuni penjara untuk mencuci kereta, ini Penjelasan Jabatan Penjara

COMMENTS