Lebih 60 Ekor Ayam Dilapor Mati Terkena Serangan Jantung

Lebih 60 Ekor Ayam Dilapor Mati Terkena Serangan Jantung

Lebih 60 Ekor Ayam Dilapor Mati Terkena Serangan Jantung.Panik dengan muzik kuat yang dimainkan dalam perarakan perkahwinan, 63 ekor ayam dilaporkan mati disyaki terkena serangan jantung di sebuah ladang ayam di daerah Balasore, India pada malam Ahad.

Insiden aneh itu terbongkar selepas pemilik ladang, Ranjit Kumar Parida membuat aduan kepada balai polis Nilagiri pada Selasa.

Dalam aduannya, Parida menyatakan bahawa perarakan yang lengkap dengan pancaragam serta DJ telah melalui hadapan ladangnya di Kampung Kandagarandi kira-kira jam 11.40 malam Ahad sambil memainkan muzik yang sangat kuat.

“Saya telah meminta kumpulan yang memainkan muzik itu untuk memperlahankan bunyi kerana terlalu bising dan menakutkan ayam-ayam saya.

“Waalau bagaimanapun, salah seorang daripada rakan pengantin lelaki itu telah bertindak memarahi saya dan mengarahkan supaya pancaragam tersebut menambahkan kekuatan muzik.

“Mereka dengan sengajanya telah berhenti di hadapan ladang ayam saya kira-kira 15 minit dan memainkan muzik secara kuat,” menurut aduan Parida.

Apabila perarakan itu beransur melepasi kawasan tersebut, Parida terkejut selepas melihat banyak ayam yang tidak sedarkan diri di ladangnya.

Pada pagi Isnin, Parida telah menghubungi beberapa pakar veterinar, yang melawat ladangnya dan memberitahunya bahawa ayam-ayam itu ati akibat serangan jantung dan bukan kerana menghidapi sebarang penyakit lain.

“Terdapat kira-kira 2,000 ekor ayam di ladang saya. Setiap daripada 63 ekor ayam yang mati dianggarkan seberat 3kg. Saya mengalami kerugian sekitar Rs 25,000. Ayam yang mati masih terbaring di ladang kerana polis meminta saya untuk tidak membuangnya sehingga siasatan tamat,” kata Parida.

Polis menyatakan bahawa perkara itu sedang disiasat. “Balai polis Nilagiri telah menerima aduan berhubung perkara ini. Dakwaan telah disahkan,” kata ketua polis (Balasore) Sudhanshu Mishra.

Seorang pegawai polis Nilagiri berkata bahawa mereka telah meminta pengantin lelaki atau mana-mana daripada ahli keluarganya untuk hadir ke balai polis pada Rabu bagi mengesahkan dakwaan tersebut.

Pihak polis juga telah mendapatkan bantuan pakar veterinar di Balasore untuk memastikan punca kematian ayam berkenaan.

“Ayam boleh mati akibat serangan jantung selepas terdedah kepada bunyi yang sangat kuat selama beberapa minit. Haiwan dan burung takut dengan muzik yang kuat serta bunyi letupan bunga api yang kuat,” kata Siba Prasad Das, doktor veterinar.

BACA: {Video}“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya”

COMMENTS