langsir bilik vaksin dari Kain tutup keranda

langsir bilik vaksin dari Kain tutup keranda

langsir bilik vaksin dari Kain tutup keranda. Pengalaman seorang individu menerima vaksin di Indonesia menjadi tular di media sosial gara-gara kain yang digunakan sebagai pemisah bilik suntikan, lapor Suara.com, semalam.

Menerusi kemas kini di sebuah akaun TikTok, kain yang digunakan sebagai pemisah antara bilik penerimaan vaksin adalah kain penutup keranda berwarna hijau.

Terdapat tulisan pada kain tersebut yang membuat netizen menjadi seram iaitu kalimah ‘innalillahhiwainnaillahirajiun’ yang sering diucapkan apabila mendengar berita kematian orang Islam.

“Ini pintu masuk untuk penerimaan vaksin atau pemberitahuan kematian,” tulis keterangan video.

Namun begitu, pemilik video turut menjelaskan rakaman itu hanya sekadar gurauan semata-mata.

“Ini hanya gurauan sahaja, jangan takut vaksin. Vaksin adalah ikhtiar kita untuk menghindari kematian akibat Covid-19,” terangnya.

Sehingga kini, video itu sudah diulang tonton sebanyak 370 ribu kali.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/09/21/tular-pemisah-bilik-suntikan-vaksin-guna-kain-penutup-keranda/

BACA: Seorang wanita rela kekasih jadi abang ipar

COMMENTS