Langkah Anwar terus berjalan walaupun Zahid ‘tarik brek’

Langkah Anwar terus berjalan walaupun Zahid ‘tarik brek’

PKR memaklumkan parti itu menghormati kenyataan yang dibuat Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi awal hari ini untuk memperkukuh sokongan Umno kepada Perikatan Nasional.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata partinya akan meneruskan usaha ke arah mengembalikan mandat rakyat yang diberikan kepada Pakatan Harapan pada PRU14.

“PKR mengambil maklum dan menghormati kenyataan yang telah dibuat presiden Umno hari ini.

“Pada masa yang sama, kami akan mengekalkan usaha ke arah mengembalikan mandat rakyat dengan kebersamaan ahli-ahli parlimen yang mendokong cita-cita dan harapan yang sama,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Zahid mengumumkan “gencatan politik” berikutan Covid-19 dan memberi fokus kepada agenda membantu rakyat.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/547537

COMMENTS