Lana Nordin sekolahkan netizen kata hidung barunya hodoh

Lana Nordin sekolahkan netizen kata hidung barunya hodoh. Umum mengetahui, pelakon dan usahawan terkenal, Lana Nodin mengumumkan di media sosial bahawa beliau telah menjalani operasi pada bahagian hidung di sebuah pusat perubatan di Korea Selatan.

Lana Digelar Tidak Cantik

Walaubagaimanapun, komen dari seorang warganet ini menjadi perhatian setelah menyifatkan wajah Lana yang tidak cantik setelah melakukan operasi. “Tak cantik langsung muka.”-Komen warganet.

“Aku Cantik Bukan Untuk Ko Pun..”

Lana Nordin sekolahkan netizen kata hidung barunya hodoh

Tidak berdiam diri, Lana kemudian dilihat membalas komen warganet itu dengan menjelaskan bahawa dirinya yang mencantikkan wajah demi suaminya, David McKienzie. “Okay la dari ko malu tunjuk muka sendiri, aku cantik bukan untuk ko pun, untuk laki aku.”-Balas Lana

Sekadar info, Lana Nodin telah mendirikan rumah tangga bersama David Mckienzie pada Mei 2015. Pasangan ini turut dikurniakan dua orang cahaya mata, Gia Quinn dan William Daud. Sumber, Murai.my

Beri komen isu Lana Nodin buat operasi bahagian hidung di luar negara, sekali Dai Syed tampil beri pandangannya

Perkongsian aktres Lana Nodin mengenai operasi hidung yang dilakukan di Korea baru-baru ini mendapat pelbagai reaksi daripada warganet. Biarpun rata-rata warganet memahami tindakan aktres itu namun masih ada segelintir mereka yang menganggap perbuatan tersebut hrm dalam sisi agama Islam.

Untuk mendapatkan kepastian, pendkwah selebriti Da’i Syed menjelaskan operasi diharuskan atau dibolehkan hanya atas sebab kesihatan atau mengaibkan individu tersebut.

“Dalam hvkum asal, kalau kita mengubah sesuatu yang dicipta asal oleh Allah SWT, contoh dah memang cantik tapi kita ubah kononnya nak cantikkan lagi, jadinya hram la. Sebab ia dah kira mengubah ciptaan Allah. Tapi kalau misalnya kening kita sebelah macam penuh (lebat) dan sebelah lagi tidak.

Maka dibolehkan untuk cukur sekiranya ia mengaibkan. Kalau dia membuat operasi disebabkan masalah kesihatan, setiap 5 atau 10 tahun memang perlu untuk dibd.4h atas nasihat doktor, maka diharuskan atau dibolehkan. Cuma, kalau saja-saja nak buat maka ia hram la. Masalah kesihatan, atau mengaibkan dirinya atau pernah terlibat dengan kejadian yang tak diingini, jadi atas nasihat doktor dia perlu untuk buat operasi maka ia diharuskan dan dibolehkan,” katanya.

Da’i Syed mengulas mengenai perkara tersebut selepas ditanya oleh pihak media ketika ditemui di Majlis Malam Selebriti dan Anak Seni bersama Pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan. Pendkwah yang juga seorang penyanyi itu juga sekali lagi menegaskan bahawa operasi yang dilakukan aktres itu bukanlah mengubah ciptaan Allah. “Ia bukan mengubah ciptaan Allah, jika atas sebab kesihatan atau keaiban,” ujarnya lagi.

BACA:

Aishah bagi respon padu selepas ustazah ni kata hilang roh kalau salam artis

Bapa hadiahkan Porsche RM555,000 kepada anak umur 21 tahun

Penonton risau Kak Lina ‘hyper’ sangat atas pentas, risau astro hantar Wad Gila