Lamborghini ‘menjunam’ ke dalam tasik

Lamborghini  ‘menjunam’  ke dalam tasik

Seorang pemilik Lamborghini bernasib baik kerana dirinya selamat selepas secara tidak sengaja ‘menjunamkan’ kereta mewah tersebut ke dalam tasik di Austria, lapor Daily Mail.

Pemilik berusia 31 tahun itu dipercayai ‘menggabungkan pedal minyak dan brek’ sehingga menyebabkan Lambirghini Huracan itu berundur ke belakang dan tenggelam dalam tasik.

Lamborghini

Pemandu tersebut berjaya keluar dengan selamat dari kenderaan bernilai £ 160,000 dan berenang ke darat ketika kenderaannya tenggelam 50 kaki ke dalam air.

Kemudiannya, dia dibawa ke hospital tempat di mana dia dirawat kerana kecederaan ringan.

Ekoran daripada kemalangan itu, kru bomba, trak tunda dan sebuah kren dihantar ke tempat kejadian untuk mendapatkan kembali supercar tersebut.

Seperti di dalam gambar, usaha untuk mengeluarkan kereta tersebut mengambil masa selama tiga jam, menurut pegawai, memetik laporan Daily Mail.

Polis juga dipanggil untuk menyiasat kejadian di bandar tersebut dan mereka mengatakan pemandu itu baru sahaja menurunkan seseorang dan sedang dalam proses membelok.

Sumber : siakap keli

Baca :Idris beri laluan pada anak tempatan di Sungai Udang

 

COMMENTS