Lama tidak “dilayan” akibat suami dalam penjara, wanita ini ditangkap khalwat dengan lelaki lain

Lama tidak “dilayan” akibat suami dalam penjara, wanita ini ditangkap khalwat dengan lelaki lain

Semalam, Harian Metro melaporkan seorang wanita yang masih berstatus isteri orang telah ditahan selepas dipercayai berkhalwat dengan seorang lelaki. Kejadian tersebut berlaku di sebuah rumah sewa milik suaminya di Sintok, Kedah.

Difahamkan proses serbuan dilakukan oleh anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) pada pukul 3 pagi. Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa JAIK, Syeikh Radzi Abdul Mutalib, pihaknya bertindak menyerbu rumah tersebut setelah mendapat aduan daripada orang awam. Ujarnya lagi, sebaik tiba mereka di situ, kedatangan mereka disambut oleh wanita yang berusia 32 tahun itu yang membuka pintu selepas salam diberi.

Hasil pemeriksaan mendapati tiga kanak-kanak berusia tiga hingga 13 tahun dipercayai anak wanita itu berada dalam bilik berasingan di rumah berkenaan

Wanita dan lelaki itu kemudian ditahan selepas gagal mengemukakan sebarang dokumen menunjukkan mereka pasangan suami isteri atau mahram yang sah..

Malah, pemeriksaan juga mendapati motosikal lelaki berusia 30 tahun itu diletakkan di dalam rumah berkenaan untuk mengelak dikesan.

Suami kepada wanita itu, yang sebelum ini bekerja di kilang rempah sedang menjalani hukuman penjara. Susulan daripada itu, mereka telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu bagi laporan tangkapan dan diberikan notis supaya hadir semula ke pejabat agama.

Berita Penuh :https://ohbulan.com/suami-dalam-penjara-isteri-buat-hal-dengan-lelaki-lain

COMMENTS