Kucing ada dua wajah berbeza buat orang ramai terkejut, “bukan edit ni”

Kucing ada dua wajah berbeza buat orang ramai terkejut, “bukan edit ni”. Kucing merupakan haiwan peliharaan yang paling terkenal di Malaysia.

Kita mungkin biasa melihat warna-warna tertentu yang ada pada seekor kucing, namun pernahkah anda melihat kucing dengan dua wajah berbeza?

Kucing yang diberi nama Narnia ini mempunyai badan berwarna hitam dengan separuh mukanya kelabu.

Menurut pemilik Narnia, Jimenez yang menetap di Perancis, beliau pada mulanya terkejut apabila melihat perbezaan pada warna kucing itu.

Jelasnya, ada kemungkinan Narnia merupakan chimaera, iaitu dua embrio dalam rahim ibunya bergabung. Namun pakar genetik kini sedang menjalankan ujian ke atas Narnia bagi mendapatkan jawapan punca kenapa ia mempunyai dua wajah berbeza.

Kucing ada dua wajah berbeza buat orang ramai terkejut, "bukan edit ni"

Sehingga artikel ini ditulis, Narnia yang mempunyai akaun rasmi di Instagram sudah mempunyai lebih 270 ribu pengikut dengan rata-rata warganet memuji keunikkan Narnia ini. Malah ada juga yang beranggapan foto Narnia itu sudah disunting, namun pemiliknya menafikan dakwaan itu sambil berkongsi foto serta video haiwan unik ini.

BACA:

Lelaki rahsiakan menang Jackpot RM143 Juta daripada keluarga

Diva AA tak jadi lawan Azmin, umum sokong PH

Pencalonan calon PH di Dun Kemayan, Pahang ditolak SPR