Krisis Perak : Bersatu akan bersama Pas buat keputusan selanjutnya

Krisis Perak : Bersatu akan bersama Pas buat keputusan selanjutnya

Biro Politik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dalam mesyuaratnya petang ini menzahirkan rasa amat kesal dengan apa yang berlaku dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Perak pada hari ini. BERSATU ambil maklum bahawa Usul Keyakinan Majoriti Ahli Dewan terhadap YAB Menteri Besar Perak telah ditolak oleh UMNO dan Pakatan Harapan.

BERSATU sentiasa berpegang teguh dengan prinsip persefahaman dan kerjasama yang terbentuk antara parti-parti Kerajaan Perikatan Nasional sejak awal tahun ini demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.

Sehubungan itu, BERSATU ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada 4 ADUN BERSATU, 3 ADUN PAS, 1 ADUN UMNO dan 2 ADUN Bebas yang telah menyokong Usul Keyakinan Majoriti Ahli Dewan terhadap YAB Menteri Besar Perak.

BERSATU akan memantau situasi semasa dan akan terus bersama PAS dan teman-teman parti anggota Perikatan Nasional yang lain dalam membuat keputusan selanjutnya.

4 Disember 2020
Petaling Jaya

Sumber :

COMMENTS